Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Muhammad, sesungguhnya akan keluar dari kalangan umatmu seorang lelaki yang akan memberikan syafaat

Teks Bahasa Arab

حديث: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وسلم بفناء الكعبة؛ إذ نَزَلَ عَلَيْهِ جِبْرِيلُ. فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ: إِنَّهُ سَيَخْرُجُ فِي أُمَّتِكَ رَجُلٌ مُشَفَّعٌ، فَيُشَفِّعُهُ اللَّهُ فِي عدد ربيعة ومضر. فَإِنْ أَدْرَكْتَهُ فَسَلْهُ الشَّفَاعَةَ لأُمَّتِكَ. قَالَ يَا جِبْرِيلُ: مَا اسْمُهُ وَمَا صِفَتُهُ؟ قَالَ: أَمَّا اسْمُهُ فأويس _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika Nabi SAW berada di perkarangan Kaabah, tiba-tiba Jibril turun kepadanya. Jibril berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya akan keluar dari kalangan umatmu seorang lelaki yang akan memberikan syafaat. Lalu Allah memberikan syafaat kepadanya dengan bilangan kabilah Rabi'ah dan Mudhar. Jika kamu menjumpainya maka mohonlah syafaat daripadanya untuk umatmu. Baginda berkata: Wahai Jibril, apakah namanya dan sifatnya? Dia menjawab: Adapun namanya adalah Uwais...sehingga akhir hadith.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 417-418, hadis no. 180. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا، وذكر حديثا طويلا. وقال: باطل. في إسناده: محمد بن أيوب: كان يضع، والذي صح في أويس كلمات يسيرة معروفة. وقد رواه ابن عساكر، والروياني في مسنده، وأبو نعيم في الحلية. قال في اللآلىء: وإسناده لا بأس به. وقد ساقه في الجامع الكبير في مسند أبي هريرة، ومسند عمر.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), lalu dia menyebutkan hadith yang panjang. Dia berkata: Batil. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Ayub, dia memalsukan hadith. Apa yang sahih mengenai Uwais adalah beberapa perkara yang telah maklum. Diriwayatkan oleh Ibn Asakir dan al-Ruyani dalam Musnadnya dan Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Dia berkata dalam al-Laali’: Sanadnya tiada masalah dengannya. Ia disebutkan dalam al-Jami’ al-Kabir dalam musnad Abu Hurairah dan Umar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.