Wahai Muhammad, jika kamu gemar untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan ibadah yang sebenar-benarnya, ucapkanlah

TEKS BAHASA ARAB

نزل عليه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد إن سرك أن تعبد الله ليلة حق عبادته فقل: اللهم لك الحمد حمدا خالدا مع خلودك ولك الحمد دائما لا منتهى له دون مشيئتك وعند كل طرفة عين وتنفس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS turun bertemu Baginda SAW, lalu berkata: Wahai Muhammad, jika kamu gemar untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan ibadah yang sebenar-benarnya, ucapkanlah: Wahai Allah, hanya milik-Mu segala puji-pujian yang kekal bersama kekekalan-Mu, dan hanya milik-Mu segala puji-pujian yang berterusan tanpa pengakhiran tanpa kehendak-Mu, di setiap kelipan mata dan hela nafas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis nombor 5462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: نزل عليه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد إن سرك أن تعبد الله ليلة حق عبادته؛ فقل: اللهم لك الحمد حمدًا خالدًا مع خلودك ولك الحمد دائمًا لا منتهى له دون مشيئتك وعند كل طرفة عين وتنفس. [طس، هب، الضعيفة (5137)]

(Lemah) Daripada ‘Ali RA, beliau menceritakan: Jibril as turun bertemu Baginda SAW, lalu berkata: Wahai Muhammad, jika kamu gemar untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan ibadah yang sebenar-benarnya, ucapkanlah: Wahai Allah, hanya milik-Mu segala puji-pujian yang kekal bersama kekekalan-Mu, dan hanya milik-Mu segala puji-pujian yang berterusan tanpa pengakhiran tanpa kehendak-Mu, di setiap kelipan mata dan hela nafas. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat daan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5137]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs