Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزل عليهِ جبريلُ عليهِ السلامُ فقال : يا محمدُ ! إنْ سرَّكَ أن تعبدَ اللهَ ليلةً حقَّ عبادتِهِ ؛ فقُل : اللهمَّ ! لكُ الحمدُ حمدًا خالدًا مع خلودِكَ، ولكَ الحمدُ دائمًا لا منتهى لهُ دونَ مشيئتِكَ، وعند كلِّ طرفةِ عينٍ وتنفسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS turun bertemu Baginda SAW, lalu berkata: Wahai Muhammad, jika kamu gemar untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan ibadah yang sebenar-benarnya, ucapkanlah: Wahai Allah, hanya milik-Mu segala puji-pujian yang kekal bersama kekekalan-Mu, dan hanya milik-Mu segala puji-pujian yang berterusan tanpa pengakhiran tanpa kehendak-Mu, di setiap kelipan mata dan hela nafas.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis no. 5462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: نزل عليه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد إن سرك أن تعبد الله ليلة حق عبادته؛ فقل: اللهم لك الحمد حمدًا خالدًا مع خلودك ولك الحمد دائمًا لا منتهى له دون مشيئتك وعند كل طرفة عين وتنفس. [طس، هب، الضعيفة (5137)]
(Lemah) Daripada ‘Ali RA, beliau menceritakan: Jibril as turun bertemu Baginda SAW, lalu berkata: Wahai Muhammad, jika kamu gemar untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan ibadah yang sebenar-benarnya, ucapkanlah: Wahai Allah, hanya milik-Mu segala puji-pujian yang kekal bersama kekekalan-Mu, dan hanya milik-Mu segala puji-pujian yang berterusan tanpa pengakhiran tanpa kehendak-Mu, di setiap kelipan mata dan hela nafas. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat daan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5137]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman