Wahai Muhammad! Jangan makan aku. Sesungguhnya aku telah diletakkan racun

TEKS BAHASA ARAB

أقبلت يوم بدر من قتال المشركين وأنا جائع شديد الجوع فاستقبلتني امرأة يهودية على رأسها جفنة فيها جدي مشوي وفي كمها شئ من سكر فقالت: الحمدلله الذي سلّمك يا محمد كنت نذرت نذرا إن قدمت المدينة سالما لأذبحنّ هذا الجدي ولأشوينّه ولأحملنه إليك لتأكل منه. فاستنطق الله الجدي فاستوى قائما على أربع قوائم فقال: يا محمد لا تأكلني فإني مسموم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pulang daripada peperangan dengan orang-orang musyrik ketika hari Badar dalam keadaan aku kelaparan amat sangat. Tiba-tiba, datang seorang wanita Yahudi yang membawa bekas di kepalanya yang mengandungi anak biri-biri yang dipanggang dan lengan bajunya terdapat gula. Lalu wanita itu berkata: Segala puji bagi Allah yang memberikan kesejahteraan kepada kamu wahai Muhammad! Aku bernazar sekiranya kamu pulang ke Madinah dalam keadaan selamat, maka aku akan menyembelih anak biri-biri ini dan memanggangnya dan aku membawanya kepada kamu supaya kamu dapat makan. Lantas Allah menjadikan anak biri-biri itu boleh berbicara. Ia berdiri dengan keempat-empat kakinya lalu berkata: Wahai Muhammad! Jangan makan aku. Sesungguhnya aku telah diletakkan racun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1020, hadis nombor 5245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال، قال رسول الله ﷺ: أقبلت يوم بدر من قتال المشركين وأنا جائع شديد الجوع فاستقبلتني امرأة يهودية على رأسها جفنة فيها جدي مشوي وفي كمها شئ من سكر فقالت: الحمدلله الذي سلّمك يا محمد كنت نذرت نذرا إن قدمت المدينة سالما لأذبحنّ هذا الجدي ولأشوينّه ولأحملنه إليك لتأكل منه. فاستنطق الله الجدي فاستوى قائما على أربع قوائم فقال: يا محمد لا تأكلني فإني مسموم. [أبو نعيم في دلائل النبوة, الضعيفة (6441)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku pulang daripada peperangan dengan orang-orang musyrik ketika hari Badar dalam keadaan aku kelaparan amat sangat. Tiba-tiba, datang seorang wanita Yahudi yang membawa bekas di kepalanya yang mengandungi anak biri-biri yang dipanggang dan lengan bajunya terdapat gula. Lalu wanita itu berkata: Segala puji bagi Allah yang memberikan kesejahteraan kepada kamu wahai Muhammad! Aku bernazar sekiranya kamu pulang ke Madinah dalam keadaan selamat, maka aku akan menyembelih anak biri-biri ini dan memanggangnya dan aku membawanya kepada kamu supaya kamu dapat makan. Lantas Allah menjadikan anak biri-biri itu boleh berbicara. Ia berdiri dengan keempat-empat kakinya lalu berkata: Wahai Muhammad! Jangan makan aku. Sesungguhnya aku telah diletakkan racun. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6441]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs