Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أقبلتُ يومَ بدرٍ من قتال المشرِكينَ وأنا جائعٌ شديدُ الجوعِ فاستقبلَتني امرأةٌ يَهوديَّةٌ على رأسِها جفنةٌ فيها جَديٌ مشويٌّ وفي كمِّها شيء من سَكرٍ فقالت الحمدُ للَّهِ الَّذي سلَّمَكَ يا محمَّدُ كنتُ نذرتُ للَّهِ نذراً إن قدمتَ المدينةَ سالِماً لأذبحنَّ هذا الجديَ ولأشوينَّهُ ولأحملنَّهُ إليْك لتأْكلَ منهُ. فاستنطق اللَّهُ الجَدي فاستوى قائماً على أربعِ قوائمٍ فقال يا محمَّدُ لا تأكُلني فإنِّي مسمومٌ
Teks Bahasa Melayu
Aku pulang daripada peperangan dengan orang-orang musyrik ketika hari Badar dalam keadaan aku kelaparan amat sangat. Tiba-tiba, datang seorang wanita Yahudi yang membawa bekas di kepalanya yang mengandungi anak biri-biri yang dipanggang dan lengan bajunya terdapat gula. Lalu wanita itu berkata: Segala puji bagi Allah yang memberikan kesejahteraan kepada kamu wahai Muhammad! Aku bernazar sekiranya kamu pulang ke Madinah dalam keadaan selamat, maka aku akan menyembelih anak biri-biri ini dan memanggangnya dan aku membawanya kepada kamu supaya kamu dapat makan. Lantas Allah menjadikan anak biri-biri itu boleh berbicara. Ia berdiri dengan keempat-empat kakinya lalu berkata: Wahai Muhammad! Jangan makan aku. Sesungguhnya aku telah diletakkan racun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1020, hadis no. 5245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال، قال رسول الله ﷺ: أقبلت يوم بدر من قتال المشركين وأنا جائع شديد الجوع فاستقبلتني امرأة يهودية على رأسها جفنة فيها جدي مشوي وفي كمها شئ من سكر فقالت: الحمدلله الذي سلّمك يا محمد كنت نذرت نذرا إن قدمت المدينة سالما لأذبحنّ هذا الجدي ولأشوينّه ولأحملنه إليك لتأكل منه. فاستنطق الله الجدي فاستوى قائما على أربع قوائم فقال: يا محمد لا تأكلني فإني مسموم. [أبو نعيم في دلائل النبوة, الضعيفة (6441)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku pulang daripada peperangan dengan orang-orang musyrik ketika hari Badar dalam keadaan aku kelaparan amat sangat. Tiba-tiba, datang seorang wanita Yahudi yang membawa bekas di kepalanya yang mengandungi anak biri-biri yang dipanggang dan lengan bajunya terdapat gula. Lalu wanita itu berkata: Segala puji bagi Allah yang memberikan kesejahteraan kepada kamu wahai Muhammad! Aku bernazar sekiranya kamu pulang ke Madinah dalam keadaan selamat, maka aku akan menyembelih anak biri-biri ini dan memanggangnya dan aku membawanya kepada kamu supaya kamu dapat makan. Lantas Allah menjadikan anak biri-biri itu boleh berbicara. Ia berdiri dengan keempat-empat kakinya lalu berkata: Wahai Muhammad! Jangan makan aku. Sesungguhnya aku telah diletakkan racun. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6441]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman