TEKS BAHASA ARAB
حديث: "جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم فقال له: يا محمد عش ما شئت فإنك ميت وأحبب من شئت فإنك مفارقه واعمل ما شئت فإنك مجزي به واعلم أن شرف المؤمن: قيامه بالليل وعزه: امتناعه عن الناس".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Jibril telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata kepada Baginda: Wahai Muhammad, hiduplah dengan apa yang engkau inginkan sesungguhnya engkau akan mati, kasihilah sesiapa yang engkau ingin kasihi kerana sesungguhnya engkau akan meninggalkannya, amalkan apa yang engkau sukai sesungguhnya engkau akan diberi balasan dan ketahuilah sesungguhnya mulianya mukmin itu kerana solat malamnya dan kehebatannya apabila dia menahan diri daripada apa yang dimiliki manusia”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 34, hadis nombor 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن سهل بن سعد مرفوعا وفي إسناده. محمد بن حميد.
كذبه أبو زرعة.
رواه عن زافر بن سليمان وهو ضعيف.
قال في اللآلىء: أخرجه الحاكم في المستدرك من طريق عيسى بن صبيح عن زافر وصححه.
قال ابن حجر في الأمالي: تفرد به زافر وهو صدوق سيىء الحفظ كثير الوهم.
وفي إسناده: محمد بن عيينة وفيه مقال فالصواب: أن الحديث ضعيف لا كما جزم به الحاكم من كونه صحيحا ولا كما جزم به ابن الجوزي من كونه موضوعا وله شواهد ولكن بدون قوله: واعلم _ إلخ .
Al-Khatib meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’ ( yang disandarkan kepada Nabi ) dan dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Humaid, Abu Zur’ah menyatakan dia adalah pendusta.
Al-Khatib meriwayat daripada Zafir bin Sulaiman dan riwayatnya dhaif.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak melalui jalan Isa bin Subaih daripada Zafir dan beliau menilainya sebagai sahih.
Ibn Hajar berkata di dalam kitabnya al-Amali: Zafir bersendirian meriwayatkannya, dia adalah seorang yang saduq, tetapi buruk hafalannya dan banyak waham.
Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Uyainnah dan terdapat kritikan ke atasnya. Adapun yang benar Hadith ini dhaif bukan seperti mana yang dinilai oleh al-Hakim sebagai sahih dan tidak juga palsu seperti penilaian Ibn al-Jauzi dan bagi hadith ini ada riwayat sokongan daripada hadith-hadith lain tanpa lafaz “Dan ketahuilah”.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.