Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Muhammad, hiduplah dengan apa yang engkau inginkan sesungguhnya engkau akan mati

Teks Bahasa Arab

حديث: "جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم فقال له: يا محمد عش ما شئت فإنك ميت وأحبب من شئت فإنك مفارقه واعمل ما شئت فإنك مجزي به واعلم أن شرف المؤمن: قيامه بالليل وعزه: امتناعه عن الناس".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Jibril telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata kepada Baginda: Wahai Muhammad, hiduplah dengan apa yang engkau inginkan sesungguhnya engkau akan mati, kasihilah sesiapa yang engkau ingin kasihi kerana sesungguhnya engkau akan meninggalkannya, amalkan apa yang engkau sukai sesungguhnya engkau akan diberi balasan dan ketahuilah sesungguhnya mulianya mukmin itu kerana solat malamnya dan kehebatannya apabila dia menahan diri daripada apa yang dimiliki manusia”.

Sahabat Perawi

  1. Sahal bin Sa'ad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 34, hadis no. 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن سهل بن سعد مرفوعا وفي إسناده. محمد بن حميد. كذبه أبو زرعة. رواه عن زافر بن سليمان وهو ضعيف. قال في اللآلىء: أخرجه الحاكم في المستدرك من طريق عيسى بن صبيح عن زافر وصححه. قال ابن حجر في الأمالي: تفرد به زافر وهو صدوق سيىء الحفظ كثير الوهم. وفي إسناده: محمد بن عيينة وفيه مقال فالصواب: أن الحديث ضعيف لا كما جزم به الحاكم من كونه صحيحا ولا كما جزم به ابن الجوزي من كونه موضوعا وله شواهد ولكن بدون قوله: واعلم _ إلخ .

Al-Khatib meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’ ( yang disandarkan kepada Nabi ) dan dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Humaid, Abu Zur’ah menyatakan dia adalah pendusta. Al-Khatib meriwayat daripada Zafir bin Sulaiman dan riwayatnya dhaif. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak melalui jalan Isa bin Subaih daripada Zafir dan beliau menilainya sebagai sahih. Ibn Hajar berkata di dalam kitabnya al-Amali: Zafir bersendirian meriwayatkannya, dia adalah seorang yang saduq, tetapi buruk hafalannya dan banyak waham. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Uyainnah dan terdapat kritikan ke atasnya. Adapun yang benar Hadith ini daif bukan seperti mana yang dinilai oleh al-Hakim sebagai sahih dan tidak juga palsu seperti penilaian Ibn al-Jauzi dan bagi hadith ini ada riwayat sokongan daripada hadith-hadith lain tanpa lafaz “Dan ketahuilah”.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.