Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Mu’az! Tiada perkara yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini yang lebih dicintainya melebihi pembebasan hamba

Teks Bahasa Arab

يَا مُعَاذُ! مَا خَلَقَ اللَّهُ شَيْئاً عَلَى ظهر الأَرْضِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنَ عِتَاقٍ، وَمَا خَلَقَ اللَّهُ شَيْئاً عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ أَبْغَضَ إِلَيْهِ مِنَ الطَّلاَقِ، فَإِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِعبدهِ: أَنْتَ حُرٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ؛ فَهُوَ حُرٌّ، وَلاَ اسْتِثْنَاءَ لَهُ. وَإِذَا قَالَ لاِمْرَأَتِهِ: أَنْتِ طَالِقٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ؛ فَلَهُ اسْتِثْنَاؤُهُ، وَلاَ طَلاَقَ عَلَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Mu’az! Tiada perkara yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini yang lebih dicintainya melebihi pembebasan hamba. Dan tiada perkara yang lebih dibenci Allah melebihi perceraian. Apabila seseorang mengatakan kepada hambanya: Kamu bebas insya Allah, maka dia bebas tanpa pengecualian. Apabila dia mengatakan kepada isterinya: Kamu diceraikan insya Allah, maka ada pengecualiannya dan tiada talak yang terjatuh.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis no. 4982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: يا معاذ! ما خلق الله على ظهر الأرض أحب إليه من عتاق، وما خلق الله على وجه الأرض أبغض إليه من الطلاق. فإذا قال الرجل لعبده: هو حر إن شاء الله، هو حر ولا استثناء له. وإذا قال لامرأته: أنت طالق إن شاء الله، فله استثناؤه ولا طلاق عليه. [عب، قط، هق، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) 6290].

(Munkar) Daripada Mu’az bin Jabal RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Wahai Mu’az! Tiada perkara yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini yang lebih dicintainya melebihi pembebasan hamba. Dan tiada perkara yang lebih dibenci Allah melebihi perceraian. Apabila seseorang mengatakan kepada hambanya: Kamu bebas insya Allah, maka dia bebas tanpa pengecualian. Apabila dia mengatakan kepada isterinya: Kamu diceraikan insya Allah, maka ada pengecualiannya dan tiada talak yang terjatuh. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afaa al-Kabir, al-Daraqutni dalam Sunan beliau, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6290].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.