Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا مُعاذُ! أطِعْ كلَّ أميرٍ، وصلِّ خلفَ كلِّ إمامٍ، ولا تَسُبَّنَّ أحدًا مِن أصحابي.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Mu‘ādh! Taatlah kepada semua pemimpin, solatlah di belakang semua imam, dan janganlah mengeji walaupun seorang daripada sahabat-sahabatku.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis no. 9174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا معاذ! أطع كل أمير، وصل خلف كل إمام، ولا تسبن أحدا من أصحابي)). [عد، طب، هق، ((الضعيفة)) (2795)]
(Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Mu‘ādh! Taatlah kepada semua pemimpin, solatlah di belakang semua imam, dan janganlah mengeji walaupun seorang daripada sahabat-sahabatku. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2795]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman