Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Mu'az! Taatilah semua pemimpin

Teks Bahasa Arab

يا مُعاذُ! أطِعْ كلَّ أميرٍ، وصلِّ خلفَ كلِّ إمامٍ، ولا تَسُبَّنَّ أحدًا مِن أصحابي.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Mu'az! Taatilah semua pemimpin, dan solatlah di belakang semua imam, dan janganlah kamu mencaci seorang pun dalam kalangan sahabatku.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis no. 4281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا معاذ! أطع كل أمير، وصل خلف كل إمام، ولا تسبن أحدا من أصحابي)). [عد، طب، هق، ((الضعيفة)) (2795)]

(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Mu'az! Taatilah semua pemimpin, dan solatlah di belakang semua imam, dan janganlah kamu mencaci seorang pun dalam kalangan sahabatku. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil fi al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2795]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.