Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Mu’az! Sesungguhnya seorang mukmin di sisi kebenaran ibarat seorang tawanan

Teks Bahasa Arab

يا مُعَاذُ! إنَّ المؤمنَ لدى الحقِّ أسِيرٌ، إن المؤمنَ قيَّده القراَنُ عن كثيرٍ من شَهَوَاتِهِ، وأن يهلَكَ فيما يهوى. يا معاذ! المؤمنَ لا تَسْكُنُ روعَتُهُ ولا اضطرابُهُ حتى يخلفَ الجِسْرَ وراءَ ظَهْرِهِ، فالقراَنُ دَلِيلُهُ، والخوفُ مَحَجَّتُهُ، والشنوْقُ مطيَّتُهُ، والصلاةُ كهفُهُ، والصومُ جنتُه، والصدقةُ فكاكُه، والصِّدْقُ أميرُه، والحياءُ وزيره، ورَبُّهُ وراءَ ذلك بالمرصاد. يا معاذ! إنَّ المؤمنَ يُسْألُ يومَ القيامةِ عن جَميع سَعْيِهِ؛ حتى كُحْلِ عينيهِ. يا معاذُ! إنِّي أحبُّ لك ما أحبُّ لنَفْسِي، وأنهيتُ إليكَ ما أنهى إليَّ جبريلُ، فلا أَلفَيَنَّكَ تأتي يومَ القيامةِ وأَحَدٌ أسعدُ بما آتاه اللهُ منكَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Mu’az! Sesungguhnya seorang mukmin di sisi kebenaran ibarat seorang tawanan. Sesungguhnya seorang mukmin yang jiwanya terpaut dengan al-Quran, padanya syahwat yang membuak-buak, yang mana syahwat itu boleh membinasakannya jika dia melayan syahwat tersebut. Wahai Mu’az! Mukmin itu tidak bermegah-megah sehingga dia meninggalkan jambatan (perkara yang menjadikan dia megah) di belakangnya. Maka al-Quran adalah dalilnya, ketakutan itu tujuannya, rindu itu menjadi tunggangannya, solat itu adalah guanya (benteng), puasa itu adalah perisainya, sedekah itu penebusnya,, kejujuran itu (umpama) ketua kerajaannya, malu itu (umpama) menterinya, dan Tuhannya (Maha Mengetahui) sentiasa berada disisinya memantaunya dari belakang. Wahai Mu’az! Sesungguhnya mukmin itu akan ditanya pada hari kiamat daripada keseluruhan usahanya (yang besar atau kecil) termasuk (perbuatan) mencelak matanya. Wahai Mu’az! Aku mencintaimu sebagaimana aku mencintai diriku. Aku melarang kamu seperti mana Jibril telah melarangku, dan aku mendapati kamu datang pada hari kiamat dalam keadaan berbahagia dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepadamu.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1155, hadis no. 5840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا معاذ إن المؤمن لدى الحق أسير إن المؤمن قيده القران عن كثير من شهواته وأن يهلك فيما يهوى. يا معاذ المؤمن لا تسكن روعته ولا اضطرابه حتى يخلف الجسر وراء ظهره فالقران دليله والخوف محجته والشنوق مطيته والصلاة كهفه والصوم جنته والصدقة فكاكه والصدق أميره والحياء وزيره وربه وراء ذلك بالمرصاد. يا معاذ إن المؤمن يسأل يوم القيامة عن جميع سعيه حتى كحل عينيه. يا معاذ إني أحب لك ما أحب لنفسي وأنهيت إليك ما أنهى إلي جبريل فلا ألفينك تأتي يوم القيامة وأحد أسعد بما آتاه الله منك. [حل، الضعيفة (5685)]

(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Mu’az! Sesungguhnya seorang mukmin di sisi kebenaran ibarat seorang tawanan. Sesungguhnya seorang mukmin yang jiwanya terpaut dengan al-Quran, padanya syahwat yang membuak-buak, yang mana syahwat itu boleh membinasakannya jika dia melayan syahwat tersebut. Wahai Mu’az! Mukmin itu tidak bermegah-megah sehingga dia meninggalkan jambatan (perkara yang menjadikan dia megah) di belakangnya. Maka al-Quran adalah dalilnya, ketakutan itu tujuannya, rindu itu menjadi tunggangannya, solat itu adalah guanya (benteng), puasa itu adalah perisainya, sedekah itu penebusnya,, kejujuran itu (umpama) ketua kerajaannya, malu itu (umpama) menterinya, dan Tuhannya (Maha Mengetahui) sentiasa berada disisinya memantaunya dari belakang. Wahai Mu’az! Sesungguhnya mukmin itu akan ditanya pada hari kiamat daripada keseluruhan usahanya (yang besar atau kecil) termasuk (perbuatan) mencelak matanya. Wahai Mu’az! Aku mencintaimu sebagaimana aku mencintai diriku. Aku melarang kamu seperti mana Jibril telah melarangku, dan aku mendapati kamu datang pada hari kiamat dalam keadaan berbahagia dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepadamu. [Riwayat Abi Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 5685]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.