Wahai Muaz, sesungguhnya orang yang beriman menjadi tawanan pada kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ! إن المؤمن لدى الحق أسير، إن المؤمن قيده القرآن عن كثير من شهواته، وأن يهلك فيها يهوى. یا معاذ! إن المؤمن لا تسكن روعته ولا اضطرابه حتى يخلف الجسر وراء ظهره، فالقرآن دليله، والخوف محجته، والشوق مطيته، والصلاة كهفه، والصوم جنته، والصدقة فكاكه، والصدق أميره، والحياء وزيره، وربه وراء ذلك بالمرصاد. یا معاذ! إن المؤمن يسأل يوم القيامة عن جميع سعيه؛ حتى كحل عينيه. یا معاذ! إني أحب لك ما أحب لنفسي، وأنهيت إليك ما أنهى إلى جبريل، فلا ألفينك تأتي يوم القيامة وأحد أسعد بما آتاه الله منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Muaz, sesungguhnya orang yang beriman menjadi tawanan pada kebenaran. Orang yang beriman diikat oleh al-Quran daripada banyak syahwatnya. Ia menghancurkan apa yang dia suka. Wahai Muaz, orang yang beriman tidak akan tenang sanubarinya sehingga dia melintasi jambatan yang berada di belakangnya. al-Quran adalah petunjuknya, ketakutan adalah hujahnya, kerinduan adalah tulisannya, solat adalah guanya, puasa adalah perisainya, sedekah adalah pelepasnya, berkata benar adalah ketuanya, malu adalah menterinya dan Tuhannya akan melihat di sebalik semua itu. Wahai Muaz, sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya pada hari kiamat berkenaan semua apa yang dikerjakan sehingga celak mata pun akan ditanya. Wahai Muaz, aku cinta kepada kamu sebagaimana aku cinta kepada diri aku sendiri. Aku larang kamu apa yang Jibril larang aku lakukan. Jangan pula aku dapati kamu datang pada hari kiamat dan orang lain lebih gembira dengan apa yang Allah berikannya berbanding kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 530, hadis nombor 2811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «يا معاذ! إن المؤمن لدى الحق أسير، إن المؤمن قيده القرآن عن كثير من شهواته، وأن يهلك فيها يهوى. یا معاذ! إن المؤمن لا تسكن روعته ولا اضطرابه حتى يخلف الجسر وراء ظهره، فالقرآن دليله، والخوف محجته، والشوق مطيته، والصلاة كهفه، والصوم جنته، والصدقة فكاكه، والصدق أميره، والحياء وزيره، وربه وراء ذلك بالمرصاد. یا معاذ! إن المؤمن يسأل يوم القيامة عن جميع سعيه؛ حتى كحل عينيه. یا معاذ! إني أحب لك ما أحب لنفسي، وأنهيت إليك ما أنهى إلى جبريل، فلا ألفينك تأتي يوم القيامة وأحد أسعد بما آتاه الله منك».
[حل، «الضعيفة» (5685)].

(Lemah) Daripada Muaz Bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, sesungguhnya orang yang beriman menjadi tawanan pada kebenaran. Orang yang beriman diikat oleh al-Quran daripada banyak syahwatnya. Ia menghancurkan apa yang dia suka. Wahai Muaz, orang yang beriman tidak akan tenang sanubarinya sehingga dia melintasi jambatan yang berada di belakangnya. al-Quran adalah petunjuknya, ketakutan adalah hujahnya, kerinduan adalah tulisannya, solat adalah guanya, puasa adalah perisainya, sedekah adalah pelepasnya, berkata benar adalah ketuanya, malu adalah menterinya dan Tuhannya akan melihat di sebalik semua itu. Wahai Muaz, sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya pada hari kiamat berkenaan semua apa yang dikerjakan sehingga celak mata pun akan ditanya. Wahai Muaz, aku cinta kepada kamu sebagaimana aku cinta kepada diri aku sendiri. Aku larang kamu apa yang Jibril larang aku lakukan. Jangan pula aku dapati kamu datang pada hari kiamat dan orang lain lebih gembira dengan apa yang Allah berikannya berbanding kamu.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5685]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs