Wahai Muaz, jika engkau mendatangi bumi Husaib berlarilah

TEKS BAHASA ARAB

إذا جئت يا معاذ أرض الحصيب فهرول، فإن فيها الحور العين. يعني من اليمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Muaz, jika engkau mendatangi bumi Husaib berlarilah, sesungguhnya di situ ada bidadari, iaitu dari Yaman.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 52, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعرفه.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak mengetahuinya (sumbernya).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs