Wahai Mu‘az! Apabila tiba musim sejuk

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ! إذا كان في الشتاء؛ فغلس بالفجر، وأطل القراءة قدر ما يطيق الناس ولا تملهم. وإذا كان الصيف فأسفر بالفجر؛ فإن الليل قصير، والناس ينامون، فأمهلهم حتى يدركوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Mu‘az! Apabila tiba musim sejuk, maka solatlah Fajar pada waktu ghalas. Panjangkanlah bacaan sekadar kemampuan orang ramai, janganlah engkau jadikan mereka jemu. Dan apabila musim panas, maka solatlah fajar pada waktu asfar. Sesunguhnya malam pendek waktunya dan orang ramai masih lagi tidur. Maka lewatkanlah buat mereka supaya mereka sempat [ikut berjemaah].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 317, hadis nombor 1670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Mu'az bin Jabal RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل –رضي الله عنه-، قال: بعثني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى اليمن فقال: ((يا معاذ! إذا كان في الشتاء؛ فغلس بالفجر، وأطل القراءة قدر ما يطيق الناس ولا تملهم. وإذا كان الصيف فأسفر بالفجر؛ فإن الليل قصير، والناس ينامون، فأمهلهم حتى يدركوا)). [ أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، البغوي، فر، ((الضعيفة)) (5440) ].

(Palsu) Dari Mu‘az bin Jabal RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskanku ke Yaman, maka dia bersabda: Wahai Mu‘az! Apabila tiba musim sejuk, maka solatlah Fajar pada waktu ghalas. Panjangkanlah bacaan sekadar kemampuan orang ramai, janganlah engkau jadikan mereka jemu. Dan apabila musim panas, maka solatlah fajar pada waktu asfar. Sesunguhnya malam pendek waktunya dan orang ramai masih lagi tidur. Maka lewatkanlah buat mereka supaya mereka sempat [ikut berjemaah]. [Diriwayatkan oleh Abu Shaikh dalam Kitab Akhlak al-Nabi, al-Baghawi dalam Kitab Sharh al-Sunnah dan al-Dailami dalam Kitab Musnad al-Firdaus, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5440].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs