Wahai Mu’az, apabila musim sejuk, awalkanlah solat subuh

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ إذا كان في الشتاء فغلس بالفجر، وأطل القراءة قدر ما يطيق الناس ولا تملهم، وإذا كان الصيف فأسفر بالفجر؛ فإن الليل قصير، والناس ينامون، فأمهلهم حتى يداركوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Mu’az, apabila musim sejuk, awalkanlah solat subuh dan panjangkanlah bacaan dengan kadar kemampuan orang ramai namun janganlah jadikan mereka jemu. Apabila musim panas pula, lewatkanlah solat subuh kerana sesungguhnya waktu malam itu singkat, sedangkan orang ramai sedang tidur, maka lengahkanlah mereka sehingga mereka semua sempat (solat).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis nombor 1893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل – رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَ -، قال: بعثني رسول الله ﷺ إلى اليمن فقال: «يا معاذُ إذا كان في الشتاءِ فغَلِّسْ بالفجرِ، وأطِلْ القراءَةَ قدْرَ ما يُطِيقُ الناسُ ولا تُمِلَّهُمْ، وإذا كان الصيفُ فأسْفِرْ بالفجْرِ؛ فإِنَّ الليلَ قصيرٌ، والناسُ ينامونَ، فأمهلْهم حتى يُدَارِكُوا». [البغوي، أبي الشيخ في «أخلاق النبي»، «الضعيفة» (955)].

(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ mengutuskanku ke Yaman, lalu baginda bersabda: "Wahai Mu’az, apabila musim sejuk, awalkanlah solat subuh dan panjangkanlah bacaan dengan kadar kemampuan orang ramai namun janganlah jadikan mereka jemu. Apabila musim panas pula, lewatkanlah solat subuh kerana sesungguhnya waktu malam itu singkat, sedangkan orang ramai sedang tidur, maka lengahkanlah mereka sehingga mereka semua sempat (solat)". [Diriwayatkan oleh al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah dan Abu al-Shaykh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 955].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs