Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا معاذُ إذا كان في الشتاءِ فغَلِّسْ بالفجرِ، وأطِلْ القراءَةَ قدْرَ ما يُطِيقُ الناسُ ولا تُمِلَّهُمْ، وإذا كان الصيفُ فأسْفِرْ بالفجْرِ؛ فإِنَّ الليلَ قصيرٌ، والناسُ ينامونَ، فأمهلْهم حتى يُدَارِكُوا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Mu’az, apabila musim sejuk, awalkanlah solat subuh dan panjangkanlah bacaan dengan kadar kemampuan orang ramai namun janganlah jadikan mereka jemu. Apabila musim panas pula, lewatkanlah solat subuh kerana sesungguhnya waktu malam itu singkat, sedangkan orang ramai sedang tidur, maka lengahkanlah mereka sehingga mereka semua sempat (solat).
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis no. 1893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل - رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَ -، قال: بعثني رسول الله ﷺ إلى اليمن فقال: «يا معاذُ إذا كان في الشتاءِ فغَلِّسْ بالفجرِ، وأطِلْ القراءَةَ قدْرَ ما يُطِيقُ الناسُ ولا تُمِلَّهُمْ، وإذا كان الصيفُ فأسْفِرْ بالفجْرِ؛ فإِنَّ الليلَ قصيرٌ، والناسُ ينامونَ، فأمهلْهم حتى يُدَارِكُوا». [البغوي، أبي الشيخ في «أخلاق النبي»، «الضعيفة» (955)].
(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ mengutuskanku ke Yaman, lalu baginda bersabda: "Wahai Mu’az, apabila musim sejuk, awalkanlah solat subuh dan panjangkanlah bacaan dengan kadar kemampuan orang ramai namun janganlah jadikan mereka jemu. Apabila musim panas pula, lewatkanlah solat subuh kerana sesungguhnya waktu malam itu singkat, sedangkan orang ramai sedang tidur, maka lengahkanlah mereka sehingga mereka semua sempat (solat)". [Diriwayatkan oleh al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah dan Abu al-Shaykh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 955].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman