Wahai Muaz! Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih Dia sukai dari membebaskan hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ! ما خلق الله شيئا على ظهر الأرض أحب إليه من عتاق، وما خلق الله شيئا على وجه الأرض أبغض إليه من الطلاق، فإذا قال الرجل لعبده: أنت حر إن شاء الله؛ فهو حر، ولا استثناء له. وإذا قال لامرأته: أنت طالق إن شاء الله؛ فله استثناؤه، ولا طلاق عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Muaz! Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih Dia sukai dari membebaskan hamba, Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih Dia benci dari talak. Apabila seorang lelaki berkata kepada hambanya: Dia merdeka insya Allah, maka dia telah merdeka tanpa pengecualian. Jika seorang lelaki berkata kepada isterinya: Kamu telah tertalak insya Allah, maka dia diberikan pengecualian, dan talaknya tidak jatuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 820, hadis nombor 4219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا معاذ! ما خلق الله شيئا على ظهر الأرض أحب إليه من عتاق، وما خلق الله شيئا على وجه الأرض أبغض إليه من الطلاق، فإذا قال الرجل لعبده: هو حر إن شاء الله؛ فهو حر، ولا استثناء له. وإذا، قال: لامرأته: أنت طالق إن شاء الله؛ فله استثناؤه، ولا طلاق عليه)).
[قط، عد، هق، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6290)]

(Munkar) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz! Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih Dia sukai dari membebaskan hamba, Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih Dia benci dari talak. Apabila seorang lelaki berkata kepada hambanya: Dia merdeka insya Allah, maka dia telah merdeka tanpa pengecualian. Jika seorang lelaki berkata kepada isterinya: Kamu telah tertalak insya Allah, maka dia diberikan pengecualian, dan talaknya tidak jatuh.
[Riwayat Sunan al-Daruqutni, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6290]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.