Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Mu‘az! Aku mengetahui bahawa engkau telah berjuang di jalan Allah

Teks Bahasa Arab

يا معاذُ! إني قد عرفتُ الذي لقيتَ في سبيلِ اللهِ وفي سُنَّتِي، وما ذهبَ من مالُكٌ، فإني قد أحللتُ الهَدِيَّةَ، فما أُهْدِيَ لكَ من شيٍء في إمرتِكَ، فهو لكَ هنيئًا مريئًا، وليستْ لأحدٍ من الأمراءِ بعدَك.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Mu‘az! Aku mengetahui bahawa engkau telah berjuang di jalan Allah, demi sunnahku, dan apa yang telah hilang daripada hartamu (untuk agama ini). Maka aku telah menghalalkan hadiah, apa yang telah dihadiahkan kepada kamu sewaktu pemerintahan kamu, maka ia adalah untuk kamu, dan bukan untuk mereka yang memegang tampuk pemerintahan selepas kamu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ubaid bin Sakhr bin Lauzan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1966, hadis no. 9832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبيد بن صخر بن لوذان رفعه: يا معاذ! إني قد عرفت الذي لقيت في سبيل الله وفي سنتي، وما ذهب من مالك؛ فإني قد أحللت الهدية، فما أهدي لك من شيء في إمرتك، فهو لك هنيئا مريئا، وليست لأحد من الأمراء بعدك. [فر، ((الضعيفة)) (6597)]

(Sangat Munkar) Daripada ‘Ubaid bin Sakhr bin Lauzan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Mu‘az! Aku mengetahui bahawa engkau telah berjuang di jalan Allah, demi sunnahku, dan apa yang telah hilang daripada hartamu (untuk agama ini). Maka aku telah menghalalkan hadiah, apa yang telah dihadiahkan kepada kamu sewaktu pemerintahan kamu, maka ia adalah untuk kamu, dan bukan untuk mereka yang memegang tampuk pemerintahan selepas kamu. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6597]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.