Munkar Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّها الناسُ! إنَّ اللهَ تَطَوَّلَ عليكم في مقامِكم هذا؛ فَقَبِلَ من مُحسنِكم، وأَعطى مُحسنَكم ما سألَ، ووهبَ مُسيئَكم لمُحسنِكم؛ إلا التبعاتُ فيما بينَكم، أفيضوا على اسمِ اللهِ. فلمَّا كان غداةَ جمعٍ؛ قال: أيُّها الناسُ! إنَّ اللهَ قد تَطَوَّلَ عليكم في مقامِكم هذا؛ فَقَبِلَ من مُحسنِكم، ووهبَ مُسيئَكم لمُحسنِكم، والتَّبعاتُ بينَكم عِوَضُها من عندِه، أفيضوا على اسمِ اللهِ. فقال أصحابُه: يا رسولَ اللهِ! أفضتَ بنا بالأمسِ كئيبًا حزينًا، وأفضتَ بنا اليومَ فرحًا مسرورًا؟ قال رسولُ اللهِ ﷺ: إني سألتُ ربي بالأمسِ شيئًا لم يجدْ لي به؛ سألتهُ التَّبعاتِ، فأَبَى عليَّ، فلمَّا كان اليومُ أتاني جبريلُ؛ قال: إنَّ ربَّكَ يُقرِئُكَ السلامَ، ويقولُ: التَّبعاتُ ضمنتُ عِوَضَها من عندي.
Teks Bahasa Melayu
"Wahai manusia! Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada kalian di tempat kalian berdiri ini, Dia menerima daripada orang yang berbuat baik daripada kalian, memberi kepadanya apa yang dia pinta dan juga memberi kepada orang yang berbuat jahat daripada kalian kerana orang yang berbuat baik daripada kalian. Kecuali kezaliman antara kalian. Berangkatlah kalian dengan nama Allah". Apabila menjelang esoknya, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada kalian di tempat kalian berdiri ini, Dia menerima daripada orang yang berbuat baik daripada kalian, memberi kepadanya apa yang dia pinta dan juga memberi kepada orang yang berbuat jahat daripada kalian kerana orang yang berbuat baik daripada kalian. Manakala kezaliman antara kalian pula, Dia gantikan ia dari sisi-Nya. Berangkatlah kalian dengan nama Allah". Para sahabat baginda pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Kamu berangkat bersama kami semalam dalam keadaan muram lagi sedih, manakala hari ini kamu berangkat bersama kami dalam keadaan ceria lagi gembira?". Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku telah meminta daripada Tuhanku semalam sesuatu yang ia tidak diperkenankan bagiku. Aku telah meminta (keringanan berkaitan) kezaliman, namun Dia enggan memperkenankan bagiku. Tatkala tiba hari ini, Jibril datang kepadaku dan berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam kepadamu, dan Dia berfirman: Aku jamin ganti baginya (kezaliman) dari sisi-Ku".
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 571, hadis no. 2953.
(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: “Rasulullah berkhutbah kepada kami di malam Arafah lalu ﷺ bersabda, "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada kalian di tempat kalian berdiri ini, Dia menerima daripada orang yang berbuat baik daripada kalian, memberi kepadanya apa yang dia pinta dan juga memberi kepada orang yang berbuat jahat daripada kalian kerana orang yang berbuat baik daripada kalian. Kecuali kezaliman antara kalian. Berangkatlah kalian dengan nama Allah". Apabila menjelang esoknya, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada kalian di tempat kalian berdiri ini, Dia menerima daripada orang yang berbuat baik daripada kalian, memberi kepadanya apa yang dia pinta dan juga memberi kepada orang yang berbuat jahat daripada kalian kerana orang yang berbuat baik daripada kalian. Manakala kezaliman antara kalian pula, Dia gantikan ia dari sisi-Nya. Berangkatlah kalian dengan nama Allah". Para sahabat baginda pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Kamu berangkat bersama kami semalam dalam keadaan muram lagi sedih, manakala hari ini kamu berangkat bersama kami dalam keadaan ceria lagi gembira?". Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku telah meminta daripada Tuhanku semalam sesuatu yang ia tidak diperkenankan bagiku. Aku telah meminta (keringanan berkaitan) kezaliman, namun Dia enggan memperkenankan bagiku. Tatkala tiba hari ini, Jibril datang kepadaku dan berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam kepadamu, dan Dia berfirman: Aku jamin ganti baginya (kezaliman) dari sisi-Ku". [Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dalam Tafsirnya dan Abu Nu'aym dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6613].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman