Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا افتَتح رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مكَّةَ؛ انصرَف إلى الطَّائفِ فحاصرها تِسع عشْرةَ أو ثمانَ عشْرةَ فلم يفتَحْها، ثمَّ أوغَلَ رَوحةً أو غَدوةً، [ثمَّ نزَل]، ثمَّ هجَّر؛ فقال: يا أيُّها النَّاسُ إنِّي فرَطٌ لكم، وأُوصِيكم بعِترتي خيرًا، وإنَّ موعدَكم الحوضُ، والَّذي نفسي بيدِه! فليُقِيمُوا الصَّلاةَ؛ وليؤتوا الزَّكاةَ، أو لأبعثَّنَّ إليهم رجلًا منِّي -أو كنَفسِي-؛ فَلَيَضْرِبَنَّ أعناقَ مُقاتلِيهم، ولَيَسبِيَنَّ ذَرارِيَّهم، فأخَذ بيدِ عليٍّ فقال: هذا هو.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Rasulullah SAW membuka kota Mekah, baginda pergi ke Taif lalu mengepungnya selama 19 atau 18 hari; baginda masih belum dapat membukanya. Kemudian baginda masuk pada waktu pagi atau petang, [kemudian turun], kemudian baginda meninggalkan tempat itu seraya bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku pendahulu bagi kalian, dan aku mewasiatkan kalian kepada keluargaku dengan kebaikan, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kalian ialah telaga (al-haudh), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Maka hendaklah mereka tunaikan solat dan tunaikan zakat, atau aku akan utuskan kepada mereka seorang lelaki daripadaku (atau sepertiku), dan dia akan tetak leher mereka, dan menawan zuriat-zuriat mereka, lalu baginda memegang tangan ‘Alī dan berkata: Inilah dia.
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman Bin Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه-، قال: لما افتتح رسول الله صلى الله عليه وسلم مكة؛ انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها، ثم أوغل روحة أو غدوة، [ثم نزل]، ثم هجر؛ فقال: ((أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة؛ وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلاً مني -أو كنفسي-؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم، فأخذ بيد علي فقال: هذا هو)). [ع، البزار، ((الضعيفة)) (4960)]
(Lemah) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW membuka kota Mekah, baginda pergi ke Taif lalu mengepungnya selama 19 atau 18 hari; baginda masih belum dapat membukanya. Kemudian baginda masuk pada waktu pagi atau petang, [kemudian turun], kemudian baginda meninggalkan tempat itu seraya bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku pendahulu bagi kalian, dan aku mewasiatkan kalian kepada keluargaku dengan kebaikan, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kalian ialah telaga (al-haudh), demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Maka hendaklah mereka tunaikan solat dan tunaikan zakat, atau aku akan utuskan kepada mereka seorang lelaki daripadaku (atau sepertiku), dan dia akan tetak leher mereka, dan menawan zuriat-zuriat mereka, lalu baginda memegang tangan ‘Alī dan berkata: Inilah dia. [Riwayat Abū Ya‘lā dan al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4960]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman