Wahai manusia, sesiapa yang menguruskan urusan kamu lalu dia menutup pintunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس من ولي منكم عملا فحجب بابه عن ذي حاجة المسلمين حجبه الله أن يلج باب الجنة، ومن كانت الدنيا نهمته حرم الله عليه جواري، فإني بعثت بخراب الدنيا، ولم أبعث بعمارته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia, sesiapa yang menguruskan urusan kamu lalu dia menutup pintunya dari orang-orang yang memerlukan dari kaum Muslimin, maka Allah akan menghalanginya dari memasuki syurga, sesiapa yang menjadikan dunia sebagai keperluannya Allah akan mengharamkan baginya nikmat untuk mendampingiku, sesungguhnya aku diutuskan untuk menghancurkan dunia, bukan untuk mengimarahkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 775, hadis nombor 3965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عون بن أبي جحيفة عن أبيه أن معاوية بن أبي سفيان ضرب على الناس بعثا، فخرجوا، فرجع أبو الدحداح، فقال له معاوية: ألم تكن خرجت مع الناس؟ قال: بلى، ولكني سمعت من رسول الله ﷺ حديثا فأحببت أن أضعه عندك مخافة ألا تلقاني، سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((يا أيها الناس من ولي منكم عملا فحجب بابه عن ذي حاجة المسلمين حجبه الله أن يلج باب الجنة، ومن كانت الدنيا نهمته حرم الله عليه جواري، فإني بعثت بخراب الدنيا، ولم أبعث بعمارتها)). [طب، ((الضعيفة)) (1263)]

(Lemah) Daripada Aun bin Abi Juhaifah dari ayahnya bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan mengutuskan utusan kepada manusia. Lalu mereka keluar dan kembalilah Abu al-Dahdah, lalu Muawiyah berkata: Adakah kamu tidak keluar bersama manusia? Dia berkata: Ya, tetapi aku mendengar Rasulullah SAW bersabda dengan suatu hadis lalu aku mahu meletakkannya padamu kerana aku bimbang engkau tidak berjumpa lagi denganku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesiapa yang menguruskan urusan kamu lalu dia menutup pintunya dari orang-orang yang memerlukan dari kaum Muslimin, maka Allah akan menghalanginya dari memasuki syurga, sesiapa yang menjadikan dunia sebagai keperluannya Allah akan mengharamkan baginya nikmat untuk mendampingiku, sesungguhnya aku diutuskan untuk menghancurkan dunia, bukan untuk mengimarahkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1263]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.