Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai manusia! Sesiapa yang memberikan kepada kamu suatu pekerjaan

Teks Bahasa Arab

يا أيُّها الناسُ! مَن وَلِيَ منكم عَمَلًا، فحَجَب بابَه عن ذِي حاجةِ المسلمين، حَجَبه اللهُ أن يَلِجَ بابَ الجنةِ، ومَن كانت همته الدنيا؛ حَرَّم اللهُ عليه جُوَارِي، فإني بُعِثْتُ بخرابِ الدنيا ولم أُبْعَثْ بعِمارتِها.

Teks Bahasa Melayu

Wahai manusia! Sesiapa yang memberikan kepada kamu suatu pekerjaan, lalu ia menutup ruang kepada orang Islam yang memerlukan, Allah akan menghalangnya dari memasuki pintu syurga. Sesiapa yang mengutamakan dunia, Allah akan mengharamkannya dari berjalan denganku, aku diutus untuk menghancurkan dunia, bukan untuk mengimarahkannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis no. 3337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي جحيفة أن معاوية بن أبي سفيان ضرب على الناس بعثاً؛ فخرجوا فرجع أبو الدحداح، فقال له معاوية: ألم تكن خرجت مع الناس؟ فقال: بلى، ولكني سمعت من رسول اللہ ﷺﷺ حديثاً، فأحببت أن أضعه عندك؛ مخافة أن لا تلقاني: سمعت رسول اللہ ﷺ یقول: «يا أيها الناس! من ولي منكم عملاً، فحجب بابه عن ذي حاجة المسلمين؛ حجبه الله أن يلج باب الجنة، ومن كانت همته الدنيا؛ حرم الله عليه جواري، فإني بعثت بخراب الدنيا ولم أبعث بعارتها». [طب، حل، «الضعيفة، (6651)].

(Munkar) Daripada Abi Juhaifah bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan menghantar utusan kepada manusia, lalu mereka keluar dan pulanglah Abu al-Dahdah. Abu Muawiyah berkata kepadanya: Tidakkah engkau keluar bersama orang lain? Dia berkata: Ya, tetapi aku mendengar daripada Rasulullah SAW suatu hadis, lalu aku mahu mengatakannya kepadamu, bimbang engkau tidak berjumpa denganku. Aku mendengar Rasululllah SAW bersabda: “Wahai manusia! Sesiapa yang memberikan kepada kamu suatu pekerjaan, lalu ia menutup ruang kepada orang Islam yang memerlukan, Allah akan menghalangnya dari memasuki pintu syurga. Sesiapa yang mengutamakan dunia, Allah akan mengharamkannya dari berjalan denganku, aku diutus untuk menghancurkan dunia, bukan untuk mengimarahkannya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6651]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.