TEKS BAHASA ARAB
يا أيها الناس من ولي منكم عملًا فحجب بابه عن ذي حاجة المسلمين حجبه الله أن يلج باب الجنة ومن كانت همته الدنيا حرم الله عليه جواري فإني بعثتُ لخرابِ الدُّنيا ولم أبعث بِعمارتها
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai manusia, sesiapa memegang sesuatu jawatan, kemudian dia menghalang pintunya daripada ditemui orang-orang Islam yang memerlukan, Allah akan menghalangnya daripada memasuki pintu syurga. Sesiapa yang cita-citanya adalah keduniaan, Allah akan mengharamkannya dari tinggal berhampiran denganku kerana sesungguhnya aku diutuskan untuk memusnahkan keduniaan bukan menghiasnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1112, hadis nombor 5626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي جحيفة أن معاوية بن أبي سفيان ضرب على الناس بعثًا فخرجوا فرجع أبو الدحداح فقال له معاوية: ألم تكن خرجت مع الناس؟ فقال: بلى ولكني سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم حديثًا فأحببت أن أضعه عندك مخافة أن لا تلقاني: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: يا أيها الناس من ولي منكم عملًا فحجب بابه عن ذي حاجة المسلمين حجبه الله أن يلج باب الجنة ومن كانت همته الدنيا حرم الله عليه جواري فإني بعثتُ لخرابِ الدُّنيا ولم أبعث بِعمارتها. [طب، حل، الضعيفة (6651)].
(Munkar) Daripada Abu Juhaifah, bahawa Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menghantar sepasukan delegasi. Apabila mereka telah bertolak, Abu al-Dahdah masuk menemui beliau. Mu‘awiyah bertanya: Bukankah kamu sepatutnya sudah bertolak bersama yang lain? Abu al-Dahdah menjawab: Benar, tetapi aku telah mendengar sebuah hadis daripada Rasulullah SAW dan mahu sampaikannya kepadamu kerana aku bimbang kita tidak bertemu lagi. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesiapa memegang sesuatu jawatan, kemudian dia menghalang pintunya daripada ditemui orang-orang Islam yang memerlukan, Allah akan menghalangnya daripada memasuki pintu syurga. Sesiapa yang cita-citanya adalah keduniaan, Allah akan mengharamkannya dari tinggal berhampiran denganku kerana sesungguhnya aku diutuskan untuk memusnahkan dunia bukan menghiasinya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6651]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.