Wahai manusia! Seseorang telah dibunuh sedang aku berada dengan kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! قتيل قتل وأنا فيكم ولا يعلم من قتله؟! لو اجمتع أهل السماء والأرض على قتل امرئ؛ لعذبهم الله؛ إلا أن يفعل ما يشاء. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Seseorang telah dibunuh sedang aku berada dengan kalian dan tidak diketahui siapakah pembunuhnya?! Walau seluruh ahli bumi dan langit berpakat untuk membunuh seseorang, nescaya mereka akan diazab oleh Allah, kecuali Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Dalam riwayat: Kecuali Allah tidak berkehendak seperti itu.

STATUS

Munkar dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 804, hadis nombor 4145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قتل قتيل على عهد النبي صلى الله عليه وسلم لم يعلم من قتله؟ فصعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر، فقال: ((يا أيها الناس! قتيل قتل وأنا فيكم ولا يعلم من قتله؟! لو اجمتع أهل السماء والأرض على قتل امرئ؛ لعذبهم الله؛ إلا أن يفعل ما يشاء. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك)). [عد، هق، هب، ((الضعيفة)) (5371)]

(Munkar dengan selengkap ini) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Seseorang telah dibunuh pada zaman Nabi SAW dan tidak diketahui siapa yang membunuhnya? Lalu Nabi SAW naik ke atas mimbar dan bersabda: Wahai manusia! Seseorang telah dibunuh sedang aku berada dengan kalian dan tidak diketahui siapakah pembunuhnya?! Walau seluruh ahli bumi dan langit berpakat untuk membunuh seseorang, nescaya mereka akan diazab oleh Allah, kecuali Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Dalam riwayat: Kecuali Allah tidak berkehendak seperti itu. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5371]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.