Wahai manusia sekalian! Mengapakah kamu mahu cepat-cepat berada dalam kandang Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود؟ ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia sekalian! Mengapakah kamu mahu cepat-cepat berada dalam kandang Yahudi? Bukankah tidak halal harta orang-orang kafir yang ada perjanjian damai kecuali dengan haknya, dan haram bagimu keldai jinak dan liar, serta kuda dan baghalnya (kacukan kuda dan keldai), dan kesemua binatang buas yang bertaring, serta semua burung yang memburu dengan menggunakan kuku panjangnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838-839, hadis nombor 4298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المقدام بن معديكرب -رضي الله عنه-، قال: غزوت مع خالد بن الوليد الصائفة، فقرم أصحابي إلى اللحم، فقالوا: أتأذن أن نذبح رمكة له؟ قال: فحبلوها، فقلت: مكانكم حتى آتي خالد بن الوليد فأسأله عن ذلك، فأتيته فأخبرته خبر أصحابي، فقال: غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم غزوة خيبر؛ فأسرع الناس في حظائر يهود، فقال: ((يا خالد! ناد في الناس: إن الصلاة جامعة، لا يدخل الجنة إلا مسلم))، ففعلت، فقام في الناس، فقال: ((يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود؟ ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير)).
[د، حم، طب، ((الضعيفة)) (3902)]

(Lemah) Daripada al-Miqdām bin Ma’dīkarib RA berkata: Aku berperang bersama Khālid bin al-Walīd dalam Perang al-Ṣāifah, lalu sahabatku sangat menginginkan daging. Mereka berkata: Adakah kamu akan mengizinkan untuk kami menyembelih kuda betina miliknya? Dia berkata: Maka mereka menjeratnya. Aku berkata: Tetaplah di tempatmu sehingga aku mendatangi Khālid bin al-Walīd lalu aku bertanya kepadanya tentang perkara itu. Lalu aku mendatanginya dan memberitahunya khabar sahabatku. Dia berkata: Aku berperang bersama Rasulullah SAW dalam Perang Khaibar, lalu manusia cepat-cepat mahu pergi ke kandang Yahudi. Lalu baginda berkata: Wahai Khalid! Serulah manusia: Sesungguhnya solat akan dilakukan secara berjemaah. Tidak akan masuk syurga kecuali orang Islam. Lalu aku melakukannya. Maka, dia berdiri bersama manusia dan berkata: Wahai manusia sekalian! Mengapakah kamu mahu cepat-cepat berada dalam kandang Yahudi? Bukankah tidak halal harta orang-orang kafir yang ada perjanjian damai kecuali dengan haknya, dan haram bagimu keldai jinak dan liar, serta kuda dan baghalnya (kacukan kuda dan keldai), dan kesemua binatang buas yang bertaring, serta semua burung yang memburu dengan menggunakan kuku panjangnya.
[Riwayat Abū Daūd dalam al-Sunan, Musnad Ahmad bin Hanbal, dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3902]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs