Wahai manusia! Pakailah seluar kerana ia merupakan pakaian kamu yang paling menutup aurat

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اغفر للمتسرولات من أمتي. يا أيها الناس اتخذوا السراويلات فإنه من أستر ثيابكم، وخصوا بها نساءكم إذا خرجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Ampunkanlah wanita yang berseluar daripada kalangan umatku. Wahai manusia! Pakailah seluar kerana ia merupakan pakaian kamu yang paling menutup aurat dan peliharalah wanita-wanita kamu dengan pemakaian seluar apabila mereka keluar rumah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis nombor 8114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه-، قال: كنت قاعدا عند النبي – صلى الله عليه وسلم – بالبقيع في يوم دجن ومطر، قال: فمرت امرأة على حمار ومعها مكاري فهوت يد الحمار في وهدة من الأرض، فسقطت المرأة، فأعرض النبي – عليه السلام – بوجهه، فقالوا: يا رسول الله إنها متسرولة. فقال: ((اللهم اغفر للمتسرولات من أمتي. يا أيها الناس اتخذوا السراويلات فإنه من أستر ثيابكم، وخصوا بها نساءكم إذا خرجن)). [عق، عد، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (601)].

(Palsu)
Daripada Ali RA berkata: “Aku duduk di sisi Nabi SAW di (perkuburan) al-Baqi’ pada hari gelap dan hujan. Dia berkata: Telah lalu seorang wanita di atas keldai dan bersamanya penunggang, tiba-tiba kaki keldai termasuk di dalam lubang. Lalu wanita itu jatuh dari keldai dan Nabi AS memalingkan wajahnya. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dia memakai seluar." Baginda bersabda: ((Ya Allah! Ampunkanlah wanita yang berseluar daripada kalangan umatku. Wahai manusia! Pakailah seluar kerana ia merupakan pakaian kamu yang paling menutup aurat dan peliharalah wanita-wanita kamu dengan pemakaian seluar apabila mereka keluar rumah.))
[Riwayat al-Uqaili di dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Dailami di dalam al-Firdaus dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 601].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs