Wahai manusia! Mengapakah dengan kalian bergegas menuju ke kandang-kandang orang-orang Yahudi!

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود! ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Mengapakah dengan kalian bergegas menuju ke kandang-kandang orang-orang Yahudi! Ketahuilah sesungguhnya tidak halal harta golongan mu’ahidin (orang kafir yang ada perjanjian dengan negara Islam) melainkan dengan haknya. Haram juga bagi kalian keldai-keldai jinak dan yang dipelihara, serta kuda dan baghalnya. Juga setiap binatang liar yang bertaring dan burung-burung yang mempunyai cakar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 404-405, hadis nombor 2171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المقدام بن معدي كرب – رضي الله عنه -، قال: غزوت مع خالد بن الوليد الصائفة، فقرم أصحابي إلى اللحم، فقالوا: أتأذن أن نذبح رمكة له؟ قال: فحبلوها، فقلت: مكانكم حتى آتي خالد بن الوليد فأسأله عن ذلك، فأتيته فأخبرته خبر أصحابي، فقال: غزوت مع رسول الله ﷺ غزوت خيبر؛ فأسرع الناس في خطائر يهود، فقال: «يا خالد! ناد الناس: إن الصلاة جامعة، لا يدخل الجنة إلا مسلم»، ففعلت فقام في الناس، فقال: «يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود! ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير». [د، حم، طب، «الضعيفة» (3902)].

(Lemah) Daripada al-Miqdam bin Ma’di Karib RA, beliau berkata: Aku pernah berperang bersama Khalid bin al-Walid pada suatu musim panas, kemudian rakan-rakanku menginginkan daging lalu mereka berkata: "Adakah kamu izinkan kami untuk menyembelih seekor kuda betina miliknya?". Kata al-Miqdam: Mereka pun mengikatnya, lalu aku berkata: "(Tunggu) di tempat kalian sehingga aku pergi berjumpa Khalid dan bertanyakannya tentang perkara tersebut". Aku pergi menemui Khalid lalu memberitahunya tentang perihal sahabat-sahabatku. Khalid berkata: "Aku pernah berperang bersama Rasulullah ﷺ di dalam peperangan Khaibar, lalu orang ramai bergegas menuju ke kandang-kandang orang-orang Yahudi. Baginda bersabda: "Wahai Khalid! Berserulah kepada orang ramai: "Sesungguhnya solat (akan didirikan) secara berjemaah, dan tidak akan masuk syurga kecuali muslim". Lantas aku pun melaksanakan perintah baginda lalu baginda berdiri di hadapan mereka dan bersabda: "Wahai manusia! Mengapakah dengan kalian bergegas menuju ke kandang-kandang orang-orang Yahudi! Ketahuilah sesungguhnya tidak halal harta golongan mu’ahidin (orang kafir yang ada perjanjian dengan negara Islam) melainkan dengan haknya. Haram juga bagi kalian keldai-keldai jinak dan yang dipelihara, serta kuda dan baghalnya. Juga setiap binatang liar yang bertaring dan burung-burung yang mempunyai cakar". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3902].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.