TEKS BAHASA ARAB
يا أيها الناس! ابكوا، فإن لم تبكوا؛ فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في وجوههم كأنها جداول حتى تنقطع الدموع؛ فتسيل – يعني – الدماء، فتقرح العيون، فلو أن سفنا أرخيت فيها؛ لجرت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai manusia! Menangislah kamu. Jika kamu tidak mampu menangis maka buat-buatlah (berusalah) menangis. Sesungguhnya ahli neraka menangis dalam neraka sehingga mengalir air mata mereka pada wajah mereka seperti sungai kecil sehingga air mata terputus (air mata kering), lalu mengalirkan iaitu darah, sehingga mata menjadi bernanah. Jika kapal belayar padanya nescaya ia akan belayar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 708, hadis nombor 3619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يا أيها الناس! ابكوا، فإن لم تبكوا؛ فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في وجوههم كأنها جداول حتى تنقطع الدموع؛ فتسيل – يعني – الدماء، فتقرح العيون، فلو أن سفنا أرخيت فيها؛ لجرت.
[ابن أبي الدنيا في ((الرقة والبكاء))، ع، ونعيم بن حماد في ((زوائد الزهد))، الأصبهاني ((الضعيفة)) (6889)].
(Lemah)
Daripada Anas RA berkata: Baginda SAW bersabda: Wahai manusia! Menangislah kamu. Jika kamu tidak mampu menangis maka buat-buatlah (berusalah) menangis. Sesungguhnya ahli neraka menangis dalam neraka sehingga mengalir air mata mereka pada wajah mereka seperti sungai kecil sehingga air mata terputus (air mata kering), lalu mengalirkan iaitu darah, sehingga mata menjadi bernanah. Jika kapal belayar padanya nescaya ia akan belayar.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Riqqah wa al-Buka’, Abi Ya’la dalam al-Musnad, Nu'aim bin Hammad dalam Zawa'id al-Zuhd, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6889].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.