Wahai manusia, masjid ini menjadi haram bagi setiap orang lelaki yang berjunub

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعليا، وفاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia, masjid ini menjadi haram bagi setiap orang lelaki yang berjunub atau perempuan yang didatangi haid melainkan Nabi, para isterinya, Ali, Fatimah Binti Rasulullah SAW. Ketahuilah, aku jelaskan nama-nama tersebut supaya kalian tidak sesat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898 hadis nombor 9546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جسرة – وكانت من خيار النساء -، قالت: كنت مع أم سلمة رضي الله عنها، فقالت: خرج النبي – صلى الله عليه وسلم – من عندي، حتى دخل المسجد فقال: يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.
[ابن شبة، ابن حزم، ((الضعيفة)) (5486)]

(Munkar)
Daripada Jasrah, beliau adalah sebaik-baik wanita. Beliau berkata: Aku bersama Ummu Salamah RA. Beliau berkata: Nabi SAW keluar daripada rumah aku sehingga Baginda masuk ke dalam masjid. Baginda bersabda: Wahai manusia, masjid ini menjadi haram bagi setiap orang lelaki yang berjunub atau perempuan yang didatangi haid melainkan Nabi, para isterinya, Ali, Fatimah Binti Rasulullah SAW. Ketahuilah, aku jelaskan nama-nama tersebut supaya kalian tidak sesat.
[Riwayat Ibn Shabbah dan Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.