Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها النَّاسُ! حُرِّمَ هذا المسجِدُ علَى كلِّ جُنبٍ مِن الرِّجالِ، أو حائضٍ من النِّساءِ؛ إلَّا النَّبيَّ، وأزواجَه، وعليًّا، وفاطمةَ بنتَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ، ألا بَيَّنتُ الأسماءَ أن تضِلُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai manusia, masjid ini menjadi haram bagi setiap orang lelaki yang berjunub atau perempuan yang didatangi haid melainkan Nabi, para isterinya, Ali, Fatimah Binti Rasulullah SAW. Ketahuilah, aku jelaskan nama-nama tersebut supaya kalian tidak sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898, hadis no. 9546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جسرة - وكانت من خيار النساء -، قالت: كنت مع أم سلمة رضي الله عنها، فقالت: خرج النبي - صلى الله عليه وسلم - من عندي، حتى دخل المسجد فقال: يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا. [ابن شبة، ابن حزم، ((الضعيفة)) (5486)]
(Munkar) Daripada Jasrah, beliau adalah sebaik-baik wanita. Beliau berkata: Aku bersama Ummu Salamah RA. Beliau berkata: Nabi SAW keluar daripada rumah aku sehingga Baginda masuk ke dalam masjid. Baginda bersabda: Wahai manusia, masjid ini menjadi haram bagi setiap orang lelaki yang berjunub atau perempuan yang didatangi haid melainkan Nabi, para isterinya, Ali, Fatimah Binti Rasulullah SAW. Ketahuilah, aku jelaskan nama-nama tersebut supaya kalian tidak sesat. [Riwayat Ibn Shabbah dan Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5486]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman