Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس ضحوا، واحتسبوا بدمائها؛ فإن الدم وإن وقع في الأرض؛ فإنه يقع في حرز الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban dan berharaplah akan ganjaran pahala dengan darah binatang korban itu. Kerana sesungguhnya darah itu sekalipun ia tumpah ke atas tanah, ia berada dalam jagaan (hitungan) Allah Azzawajalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis nombor 2066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: «أَيُّهَا النَّاسُ ضَحُّوا، وَاحْتَسِبُوا بِدِمَائِهَا؛ فَإِنَّ الدَّمَ وَإِنْ وَقَعَ فِي الْأَرْضِ؛ فَإِنَّهُ يَقَعُ فِي حِرْزِ اللهِ – عَزَّ وَجَلَّ -». [طس، «الضعيفة» (530)].

(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban dan berharaplah akan ganjaran pahala dengan darah binatang korban itu. Kerana sesungguhnya darah itu sekalipun ia tumpah ke atas tanah, ia berada dalam jagaan (hitungan) Allah Azzawajalla". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 530].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.