Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيُّهَا النَّاسُ ضَحُّوا، وَاحْتَسِبُوا بِدِمَائِهَا؛ فَإِنَّ الدَّمَ وَإِنْ وَقَعَ فِي الْأَرْضِ؛ فَإِنَّهُ يَقَعُ فِي حِرْزِ اللهِ - عَزَّ وَجَلَّ -.
Teks Bahasa Melayu
Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban dan berharaplah akan ganjaran pahala dengan darah binatang korban itu. Kerana sesungguhnya darah itu sekalipun ia tumpah ke atas tanah, ia berada dalam jagaan (hitungan) Allah Azzawajalla.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis no. 2066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: «أَيُّهَا النَّاسُ ضَحُّوا، وَاحْتَسِبُوا بِدِمَائِهَا؛ فَإِنَّ الدَّمَ وَإِنْ وَقَعَ فِي الْأَرْضِ؛ فَإِنَّهُ يَقَعُ فِي حِرْزِ اللهِ - عَزَّ وَجَلَّ -». [طس، «الضعيفة» (530)].
(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban dan berharaplah akan ganjaran pahala dengan darah binatang korban itu. Kerana sesungguhnya darah itu sekalipun ia tumpah ke atas tanah, ia berada dalam jagaan (hitungan) Allah Azzawajalla". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 530].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman