Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai manusia! Janganlah kamu mencanggahiku terhadap satu perkara pun

Teks Bahasa Arab

أيها النَّاسُ! لا تَعلَّقوا عليَّ بواحدةٍ، ما أحللتُ إلاَّ ما أحلَّ اللَّهُ، وما حرَّمتُ إلاَّ ما حرَّمَ اللَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai manusia! Janganlah kamu mencanggahiku terhadap satu perkara pun. Tidaklah aku halalkan melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidaklah aku haramkan melainkan apa yang telah Allah haramkan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1262, hadis no. 6447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في مرضه الذي توفي فيه: أيها الناس! لا تعلقوا علي بواحدة، ما أحللت إلا ما أحل الله، وما حرمت إلا ما حرم الله. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3368)].

(Sangat Lemah) Daripada 'Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatan baginda: Wahai manusia! Janganlah kamu mencanggahiku terhadap satu perkara pun. Tidaklah aku halalkan melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidaklah aku haramkan melainkan apa yang telah Allah haramkan. [Riwayat Ibn Sa'd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3368]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.