Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai manusia janganlah kalian lalai kepada Allah

Teks Bahasa Arab

يا أيُّها الناسُ لا يَغْتَرَّنَّ أحدُكم باللهِ، فإن اللهَ لو كان غافلًا شيئًا لَأَغْفَلَ البَعوضةَ، والخَرْدَلَةَ، والذَّرَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai manusia janganlah kalian lalai kepada Allah, kerana sesungguhnya sekiranya Allah leka akan sesuatu, nescaya Dia akan mengabaikan nyamuk, biji sawi dan zarah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis no. 2434.

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «يا أيها الناس لا يغترن أحدكم بالله، فإن الله لو كان غافلا شيئا لأغفل البعوضة، والخردلة، والذرة». [ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (1214)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Wahai manusia janganlah kalian lalai kepada Allah, kerana sesungguhnya sekiranya Allah leka akan sesuatu, nescaya Dia akan mengabaikan nyamuk, biji sawi dan zarah.” [Riwayat Ibn Abu Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1214].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.