Sangat Munkar, Bahkan Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai manusia, barangsiapa yang membenci kami ahlul bait, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat sebagai seorang yahudi

Teks Bahasa Arab

أيها الناسُ ! من أبغضَنا - أهلَ البيتِ - ؛ حشره اللهُ يومَ القيامةِ يهوديًّا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلمٌ - احتجر بذلك من سفكِ دمهِ، وأن يؤدي الجزيةَ عن يدٍ وهم صاغرون - . مُثِّل لي أمتي في الطين، فمرَّ بي أصحابُ الراياتِ، فاستغفرتُ لعليٍّ وشيعتِه.

Teks Bahasa Melayu

“Wahai manusia, barangsiapa yang membenci kami ahlul bait, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat sebagai seorang Yahudi.” Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah SAW walaupun dia melakukan solat dan berpuasa? Baginda bersabda: “Walaupun dia telah berpuasa dan melakukan solat dan mendakwa bahawa dia adalah seorang muslim, dia melindungi dirinya dari ditumpahkan darahnya, dan membayar Jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri. Umatku diibaratkan padaku dengan tanah lalu lalu di hadapanku orang yang membawa bendera, lalu aku meminta ampun buat Ali dan kumpulannya.”

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar, Bahkan Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis no. 4230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا، بل موضوع) عن جابر بن عبد الله –رضي الله عنهما- قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعته وهو يقول: ((أيها الناس! من أبغضنا أهل البيت، حشره الله يوم القيامة يهوديا. فقلت: يا رسول الله! وإن صام وصلى؟ قال: وإن صام وصلى، وزعم أنه مسلم، احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات، فاستغفرت لعلي وشيعته)). [طس، ((الضعيفة)) (6863، 4919)].

(Sangat munkar, bahkan Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Wahai manusia, barangsiapa yang membenci kami ahlul bait, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat sebagai seorang Yahudi.” Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah SAW walaupun dia melakukan solat dan berpuasa? Baginda bersabda: “Walaupun dia telah berpuasa dan melakukan solat dan mendakwa bahawa dia adalah seorang muslim, dia melindungi dirinya dari ditumpahkan darahnya, dan membayar Jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri. Umatku diibaratkan padaku dengan tanah lalu lalu di hadapanku orang yang membawa bendera, lalu aku meminta ampun buat Ali dan kumpulannya.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4919, 6863]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.