Wahai manusia! Aku memuji kepada Allah yang tiada tuhan selainNya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما بعد: أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم، فمن كنت جلدت له ظهرا فهذا ظهري؛ فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا فهذا عرضي؛ فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي؛ فليأخذ منه، ولا يقولن جل: إني أخشى الشحناء من رسول الله صلى الله عليه وسلم، ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له، أو حللني؛ فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا “. ثم نزل فصلى الظهر، ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم! قال: “أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي؟ “. قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني، فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: “أعطه يا فضل! “. فأمر به فجلس. ثم قال: “من كان عنده شيء؛ فليؤده ولا يقول رجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة”. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: “فلم غللتها؟ “. قال: كنت محتاجا. قال: “خذها منه يا فضل! “. ثم قال: ” من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له “. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب، وإني لفاحش، وإني لنؤوم. فقال: “اللهم! ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد”. ثم قام آخو فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ” يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة، اللهم! ارزقه صدقا، وإيمانا تصير أمره إلى خير”. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: “عمر معي، وأنا مع عمر، والحق بعدي مع عمر حيث كان.”

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Aku memuji kepada Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya telah dekat pengganti-pengganti (bagiku) di antara kamu, sesiapa yang aku pernah melibas belakangnya, maka inilah belakangku maka balaslah padanya, sesiapa yang aku pernah menghina maruahnya, maka inilah maruahku, maka balaslah padanya, sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, maka inilah hartaku, maka ambillah darinya. Janganlah seseorang berkata: Aku takut Rasulullah SAW marah, sesungguhnya marah itu bukan dari tabiat dan akhlakku, sesungguhnya orang yang paling aku sukai dari kamu adalah sesiapa yang mengambil haknya jika ia berhak, atau menghalalkannya kepadaku, lalu aku berjumpa Allah dalam keadaan tenang jiwaku. Aku melihat ini tidak cukup sehingga aku berdiri pada kamu berulang kali.” Kemudian baginda turun untuk solat Zohor, kemudian pulang dan duduk di atas mimbar. Lalu baginda mengulang perkara yang sama pada kemarahan dan lainnya lalu bangun seorang lelaki dan berkata: Wahai Nabi Allah! Engkau berhutang denganku sebanyak 3 dirham! Baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak akan mendustakan orang yang berkata atau meminta dia bersumpah, pada perkara apakah hutangku denganmu? Dia berkata: Ingatkah sewaktu satu hari seorang yang miskin datang berjumpa kamu, lalu engkau menyuruhku memberikannya 3 dirham? Baginda bersabda: “berikan padanya wahai Fadl!. Lalu dia melakukannya dan duduk. Kemudian baginda bersabda lagi: Sesiapa yang padanya ada sesuatu maka berikanlah dan jangan ada seorang lelaki yang berkata: Pembongkaran (keaiban) dunia! Sesungguhnya pembongkaran dunia lebih ringan dari pembongkaran akhirat. Lalu bangun seorang lelaki dan berkata: Padaku ada 3 dirham yang aku curi ketika berperang di jalan Allah. Baginda berkata: “Mengapa engkau mencurinya?” Dia berkata: “Aku memerlukannya.” Baginda berkata: “Ambillah darinya wahai Fadl!” Kemudian baginda berkata: “Sesiapa yang takut akan dirinya dengan sesuatu maka bangunlah aku akan doakan untuknya.” Lalu bangunlah seorang lelaki dan berkata: Wahai nabi Allah! Aku merupakan seorang yang pendusta, suka melakukan kejahatan dan banyak tidur. Lalu baginda bersabda: Ya Allah berikanlah padanya kejujuran, dan hilangkan darinya tidur jika dia berkehendak.” Kemudian bangun lelaki lain dan berkata: Aku merupakan seorang pendusta, aku juga seorang yang munafiq, dan tidak ada satu (kejahatan) kecuali aku melakukannya. Lalu Umar berdiri dan berkata: Engkau telah membongkarkan aib dirimu. Lalu baginda berkata: Wahai Umar! Pembongkaran aib dunia lebih ringan dari pembongkaran di akhirat. Ya Allah berikanlah dia kejujuran, dan iman yang membawanya kepada kebaikan.” Lalu Umar berkata dengan satu perkataan, lalu baginda ketawa dan berkata: Umar bersamaku, dan aku bersama Umar, kebenaran selepasku adalah Umar di mana sahaja dia berada.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 815, hadis nombor 4198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الفضل بن عباس-رضي الله عنهما-، قال: جاءني رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فخرجت إليه، فوجدته موعوكا قد عصب رأسه، فأخذ بيدي، وأخذت بيده، فأقبل حتى جلس على المنبر، ثم قال: ((ناد في الناس)). فصحت في الناس، فاجتمعوا إليه، فقال: ((أما بعد: أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم، فمن كنت جلدت له ظهرا، فهذا ظهري؛ فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي؛ فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي؛ فليأخذ منه، ولا يقولن رجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له، أو حللني؛ فلقيت الله -عز وجل- وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا)). ثم نزل فصلى الظهر، ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم! قال: ((أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي؟)). قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني، فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: ((أعطه يا فضل!)). فأمر به فجلس. ثم قال: ((من كان عنده شيء؛ فليؤده، ولا يقول رجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة)). فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: ((فلم غللتها؟)). قال: كنت محتاجا. قال: ((خذها منه يا فضل!)). ثم قال: ((من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له)) .فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب، وإني لفاحش، وإني لنؤوم. فقال: ((اللهم! ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد)). ثم قام آخو فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: ((فضحت نفسك)). فقال النبي -صلى الله عليه وسلم:- ((يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة، اللهم! ارزقه صدقا، وإيمانا تصير أمره إلى خير)). فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وقال:((عمر معي، وأنا مع عمر، والحق بعدي مع عمر حيث كان)).
[عق، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، طب، طس، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عساكر، الذهبي في ((السير)) ((الضعيفة)) (6297)].

(Munkar) Daripada al-Fadl bin Abbas RA berkata: Rasulullah SAW mendatangiku, lalu aku keluar kepadanya, lalu aku mendapati baginda demam dan mengikat kepalanya, lalu baginda memegang tanganku, dan aku memegang tangannya, lalu baginda datang sehingga berdiri di atas mimbar kemudian baginda bersabda: “Panggillah sekalian manusia.” Lalu berteriak pada manusia dan mereka berkumpul ke arah baginda, lalu baginda bersabda: “Wahai manusia! Aku memuji kepada Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya telah dekat pengganti-pengganti (bagiku) di antara kamu, sesiapa yang aku pernah melibas belakangnya, maka inilah belakangku maka balaslah padanya, sesiapa yang aku pernah menghina maruahnya, maka inilah maruahku, maka balaslah padanya, sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, maka inilah hartaku, maka ambillah darinya. Janganlah seseorang berkata: Aku takut Rasulullah SAW marah, sesungguhnya marah itu bukan dari tabiat dan akhlakku, sesungguhnya orang yang paling aku sukai dari kamu adalah sesiapa yang mengambil haknya jika ia berhak, atau menghalalkannya kepadaku, lalu aku berjumpa Allah dalam keadaan tenang jiwaku. Aku melihat ini tidak cukup sehingga aku berdiri pada kamu berulang kali.” Kemudian baginda turun untuk solat Zohor, kemudian pulang dan duduk di atas mimbar. Lalu baginda mengulang perkara yang sama pada kemarahan dan lainnya lalu bangun seorang lelaki dan berkata: Wahai Nabi Allah! Engkau berhutang denganku sebanyak 3 dirham! Baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak akan mendustakan orang yang berkata atau meminta dia bersumpah, pada perkara apakah hutangku denganmu? Dia berkata: Ingatkah sewaktu satu hari seorang yang miskin datang berjumpa kamu, lalu engkau menyuruhku memberikannya 3 dirham? Baginda bersabda: “berikan padanya wahai Fadl!. Lalu dia melakukannya dan duduk. Kemudian baginda bersabda lagi: Sesiapa yang padanya ada sesuatu maka berikanlah dan jangan ada seorang lelaki yang berkata: Pembongkaran (keaiban) dunia! Sesungguhnya pembongkaran dunia lebih ringan dari pembongkaran akhirat. Lalu bangun seorang lelaki dan berkata: Padaku ada 3 dirham yang aku curi ketika berperang di jalan Allah. Baginda berkata: “Mengapa engkau mencurinya?” Dia berkata: “Aku memerlukannya.” Baginda berkata: “Ambillah darinya wahai Fadl!” Kemudian baginda berkata: “Sesiapa yang takut akan dirinya dengan sesuatu maka bangunlah aku akan doakan untuknya.” Lalu bangunlah seorang lelaki dan berkata: Wahai nabi Allah! Aku merupakan seorang yang pendusta, suka melakukan kejahatan dan banyak tidur. Lalu baginda bersabda: Ya Allah berikanlah padanya kejujuran, dan hilangkan darinya tidur jika dia berkehendak.” Kemudian bangun lelaki lain dan berkata: Aku merupakan seorang pendusta, aku juga seorang yang munafiq, dan tidak ada satu (kejahatan) kecuali aku melakukannya. Lalu Umar berdiri dan berkata: Engkau telah membongkarkan aib dirimu. Lalu baginda berkata: Wahai Umar! Pembongkaran aib dunia lebih ringan dari pembongkaran di akhirat. Ya Allah berikanlah dia kejujuran, dan iman yang membawanya kepada kebaikan.” Lalu Umar berkata dengan satu perkataan, lalu baginda ketawa dan berkata: Umar bersamaku, dan aku bersama Umar, kebenaran selepasku adalah Umar di mana sahaja dia berada.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, Abu Bakr al-Syafie dalam al-Fawaid, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6297]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.