Wahai malaikat Maut berlembutlah dengan sahabatKu kerana dia orang yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

يا ملَكَ المَوتِ! ارفق بصاحبي؛ فإنَّهُ مؤمنٌ، فقالَ ملَكُ الموتِ علَيهِ السَّلامُ : طِبْ نفسًا وقَرَّ عَينًا، واعلَمْ أنِّي بِكُلِّ مؤمنٍ رفيقٌ، واعلَمْ يا محمَّدُ أنِّي لأقبضُ روحَ ابنِ آدمَ فإذا صرخَ صارخٌ من أهْلِهِ قُمتُ في الدَّارِ ومعهُ روحُهُ، فقلتُ: ما هذا الصَّارخُ؟ واللَّهِ ما ظلَمناهُ ولا سبَقنا أجلَهُ ولا استعجَلنا قدرَهُ، وما لَنا في قبضِهِ مِن ذنبٍ، فإن ترضوا بما صنعَ اللَّهُ تُؤجَروا، وإن تحزَنوا وتسخَطوا تأثَموا وتُؤزَروا، ما لَكُم عندَنا مِن عُتبَى، وإنَّ لَنا عندَكُم بعدُ عَودةً وعَودةً ، فالحذرُ الحذرُ! وما مِن أهْلِ بيتٍ يا محمَّدُ شعرٍ ولا مدرٍ، برٍّ ولا بحرٍ، سَهلٍ ولا جبلٍ، إلَّا أنا أتصفَّحُهُم في كلِّ يومٍ وليلةٍ حتَّى لأنا أعرفُ بصغيرِهِم وكبيرِهِم منهُم بأنفسِهِم، واللَّهِ يا محمَّدُ لَو أردتُ أن أقبضَ روحَ بعوضةٍ ما قدرتُ علَى ذلِكَ حتَّى يَكونَ اللَّهُ هوَ أذِنَ بقبضِها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Wahai malaikat maut! Berlembutlah dengan sahabatku ini kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman.)) Malaikat maut AS menjawab: “Bertenanglah dan sejuklah mata dan ketahuilah bahawa sesungguhnya aku berlembut dengan setiap orang yang beriman. Ketahuilah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku akan mencabut nyawa anak Adam, jika seorang daripada keluarganya meraung, ketahuilah aku berdiri di rumah itu dan bersamaku rohnya. Lalu aku (malaikat maut) berkata: Raungan sebagai manakah itu? Demi Allah! Kami tidak menzaliminya, dan kami tidak mensegerakan ajalnya, kami tidak mempercepatkan takdirnya dan tidak kami berdosa dengan cabutan nyawanya. Sekiranya kamu redha dengan apa yang telah Allah tentukan, kamu akan diberi ganjaran. Dan sekiranya kamu bersedih dan marah, kamu telah berdosa dan akan dibalas setimpal dengannya. Tidak ada yang ada untuk kamu di sisi kami melainkan redha. Dan sesungguhnya untuk kami di sisi kamu selepas ini adalah kembali dan kembali (untuk mencabut nyawa lagi), maka berjaga-jaga! Tidak ada daripada ahli keluarga wahai Muhammad! sama ada rumah dari bulu (di bahagian badiyah-perkampungan Arab Badwi) dan rumah dari batu (di bahagian bandar dan perkampungan), darat dan tidak juga lautan, lembah dan tidak juga bukit, melainkan aku akan bersalam dengan mereka setiap hari dan malam kerana aku amat mengetahui sekecil-kecil mereka dan sebesar-besar mereka lebih daripada diri mereka sendiri. Demi Allah wahai Muhammad! Sekiranya aku ingin mencabut nyawa seekor nyamuk, aku tidak mampu untuk melakukannya sehingga Allah mengizinkan aku untuk mencabutnya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1764, hadis nombor 8881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) قَالَ الْحَارِثَ بن الْخَزْرَجِ يَقُولُ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ – وَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَلَكِ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلامُ عِنْدَ رَأْسِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ -، فَقَالَ: ((يَا مَلَكَ الْمَوْتِ! ارْفُقْ بِصَاحِبِي، فَإِنَّهُ مُؤْمِنٌ))، فَقَالَ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلامُ: “طب نَفْساً، وَقَرَّ عَيْناً، وَاعْلَمْ أَنِّي بِكُلِّ مُؤْمِنٍ رَفِيقٌ، وَاعْلَمْ يَا مُحَمَّدُ! أَنِّي لأَقْبِضُ رُوحَ [ابْنِ] آدَمَ، فَإِذَا صَرَخَ صَارِخٌ مِنْ أَهْلِهِ، قُمْتُ فِي الدَّارِ وَمَعِي رُوحُهُ، فَقُلْتُ: مَا هَذَا الصَّارِخُ؟ وَاللَّهِ! مَا ظَلَمْنَاهُ، وَلا سَبَقْنَا أَجَلَهُ، وَلا اسْتَعْجَلْنَا قَدَرَهُ، ومَالَنَا فِي قَبْضِهِ مِنْ ذَنْبٍ، فَإِنْ تَرْضَوْا بِمَا صَنَعَ اللَّهُ، تُؤْجَرُوا، وَإِنْ تَحْزَنُوا وتَسْخَطُوا، تَأْثَمُوا وتُؤْزَرُوا، مَا لَكُمْ عِنْدَنَا مِنْ عُتْبَى، وَإِنَّ لَنَا عِنْدَكُمْ بَعْدُ عَوْدَةً وَعَوْدَةً، فَالْحَذَرَ الحذرَ! وَمَا مِنْ أَهْلِ بَيْتٍ يَا مُحَمَّدُ! شَعْرٍ وَلا مَدَرٍ، بَرٍّ وَلا بَحْرٍ، سَهْلٍ وَلا جَبَلٍ، إِلا أَنَا أَتَصَفَّحُهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، حَتَّى لأَنَا أَعْرَفُ بِصَغِيرِهِمْ وكَبِيرِهِمْ مِنْهُمْ بِأَنْفُسِهِمْ، وَاللَّهِ! يَا مُحَمَّدُ! لَوْ أَرَدْتُ أَنْ أَقْبِضَ رُوحَ بَعُوضَةٍ مَا قَدَرْتُ على ذلك حتى يكونَ اللهُ هو أَذِنَ بقَبْضِها”. [طب، ((الضعيفة)) (6410)].

(Palsu)
Daripada al-Harith bin al-Khazraj, beliau berkata: Ayahku telah berkata padaku: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata – dan pada ketika itu baginda melihat ke malaikat maut AS yang sedang berada di kepala seorang lelaki Ansar:
((Wahai malaikat maut! Berlembutlah dengan sahabatku ini kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman.)) Malaikat maut AS menjawab: “Bertenanglah dan sejuklah mata dan ketahuilah bahawa sesungguhnya aku berlembut dengan setiap orang yang beriman. Ketahuilah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku akan mencabut nyawa anak Adam, jika seorang daripada keluarganya meraung, ketahuilah aku berdiri di rumah itu dan bersamaku rohnya. Lalu aku (malaikat maut) berkata: Raungan sebagai manakah itu? Demi Allah! Kami tidak menzaliminya, dan kami tidak mensegerakan ajalnya, kami tidak mempercepatkan takdirnya dan tidak kami berdosa dengan cabutan nyawanya. Sekiranya kamu redha dengan apa yang telah Allah tentukan, kamu akan diberi ganjaran. Dan sekiranya kamu bersedih dan marah, kamu telah berdosa dan akan dibalas setimpal dengannya. Tidak ada yang ada untuk kamu di sisi kami melainkan redha. Dan sesungguhnya untuk kami di sisi kamu selepas ini adalah kembali dan kembali (untuk mencabut nyawa lagi), maka berjaga-jaga! Tidak ada daripada ahli keluarga wahai Muhammad! sama ada rumah dari bulu (di bahagian badiyah-perkampungan Arab Badwi) dan rumah dari batu (di bahagian bandar dan perkampungan), darat dan tidak juga lautan, lembah dan tidak juga bukit, melainkan aku akan bersalam dengan mereka setiap hari dan malam kerana aku amat mengetahui sekecil-kecil mereka dan sebesar-besar mereka lebih daripada diri mereka sendiri. Demi Allah wahai Muhammad! Sekiranya aku ingin mencabut nyawa seekor nyamuk, aku tidak mampu untuk melakukannya sehingga Allah mengizinkan aku untuk mencabutnya.”


[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6410].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.