Wahai malaikat maut! Berlaku lembutlah terhadap sahabatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا ملك الموت ! ارفق بصاحبي ؛ فإنه مؤمن ، فقال ملك الموت عليه السلام : طب نفسا وقر عينا ، واعلم أني بكل مؤمن رفيق ، واعلم يا محمد أني لأقبض روح ابن آدم فإذا صرخ صارخ من أهله قمت في الدار ومعه روحه ، فقلت : ما هذا الصارخ ؟ والله ما ظلمناه ولا سبقنا أجله ولا استعجلنا قدره ، وما لنا في قبضه من ذنب ، فإن ترضوا بما صنع الله تؤجروا ، وإن تحزنوا وتسخطوا تأثموا وتؤزروا ، ما لكم عندنا من عتبى ، وإن لنا عندكم بعد عودة وعودة ، فالحذر الحذر ! وما من أهل بيت يا محمد شعر ولا مدر ، بر ولا بحر ، سهل ولا جبل ، إلا أنا أتصفحهم في كل يوم وليلة حتى لأنا أعرف بصغيرهم وكبيرهم منهم بأنفسهم ، والله يا محمد لو أردت أن أقبض روح بعوضة ما قدرت على ذلك حتى يكون الله هو أذن بقبضها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai malaikat maut! Berlaku lembutlah terhadap sahabatku, kerana dia sesungguhnya seorang beriman. Maka malaikat maut AS berkata: Tenanglah jiwa, sejuklah mata, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya aku berlaku lembut dengan semua orang beriman. Dan ketahuilah, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku mencabut [roh] anak adam, maka apabila seorang ahli keluarganya meraung, aku berdiri dalam rumah bersama rohnya. Lalu aku berkata: Apakah raungan ini? Demi Allah, kami tidak menzaliminya, kami tidak mempercepatkan tempoh ajalnya, kami tidak menggesa takdirnya, dan kami tiada dosa dalam mengambil nyawanya. Maka jika kalian reda dengan apa yang Allah lakukan, kalian akan diberi pahala. Dan jika kalian bersedih dan marah, kalian akan berdosa. Tidak ada apa yang boleh kalian marahi aku. Dan aku akan sentiasa datang lagi dan datang lagi (mencabut nyawa). Maka jaga-jagalah! Dan tiadalah ahli keluarga, wahai Muhammad, sehelai rambut pun, mahu pun sebiji tanah gumpal, di darat mahu pun di laut, tanah pantai mahu pun bukit, melainkan aku akan bersalaman menyapa mereka setiap hari dan setiap malam. Sampaikan aku kenal anak kecil dan orang tua mereka lebih daripada diri mereka sendiri, demi Allah! Wahai Muhammad! Jika aku ingin mengambil roh nyamuk, aku tidak akan mampu melakukannya sehinggalah Allah mengizinkan aku mengambilnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 557, hadis nombor 2898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الْحَارِث بْن الْخَزْرَجِ، قال: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: وَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَلَكِ الْمَوْتِ – عَلَيْهِ السَّلَامُ – عِنْدَ رَأْسِ رَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَقَالَ: «يَا مَلَكَ الْمَوْتِ! ارْفُقْ بِصَاحِبِي؛ فَإِنَّهُ مُؤْمِنٌ» ، فَقَالَ مَلَكُ الْمَوْتِ – عَلَيْهِ السَّلَامُ -: طِبْ نَفْسًا، وَقَرَّ عَيْنًا، وَاعْلَمْ أَنِّي بِكُلِّ مُؤْمِنٍ رَفِيقٌ، وَاعْلَمْ يَا مُحَمَّدُ‍! أَنِّي لَأَقْبِضُ رُوحَ [ابْنِ] آدَمَ، فَإِذَا صَرَخَ صَارِخٌ مِنْ أَهْلِهِ، قُمْتُ فِي الدَّارِ وَمَعِي رُوحُهُ، فَقُلْتُ: مَا هَذَا الصَّارِخُ؟ وَاللهِ! مَا ظَلَمْنَاهُ، وَلَا سَبَقْنَا أَجَلَهُ، وَلَا اسْتَعْجَلْنَا قَدَرَهُ، ومَا لَنَا فِي قَبْضِهِ مِنْ ذَنْبٍ، فَإِنْ ‌تَرْضَوْا بِمَا صَنَعَ اللهُ؛ تُؤْجَرُوا، وَإِنْ تَحْزَنُوا وتَسْخَطُوا؛ تَأْثَمُوا وتُؤْزَرُوا، مَا لَكُمْ عِنْدَنَا مِنْ عُتْبَى، وَإِنَّ لَنَا عِنْدَكُمْ بَعْدُ عَوْدَةً وَعَوْدَةً، فَالْحَذَرُ الحذر! وَمَا مِنْ أَهْلِ بَيْتٍ يَا مُحَمَّدُ! شَعْر وَلَا مَدَر، بَرٌ وَلَا بَحْر، سَهْل وَلَا جَبَل، إِلَّا أَنَا أَتَصَفَّحُهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، حَتَّى لَأَنَا أَعْرَفُ بِصَغِيرِهِمْ وكَبِيرِهِمْ مِنْهُمْ بِأَنْفُسِهِمْ، وَاللهِ! يَا مُحَمَّدُ! لَوْ أَرَدْتُ أَنْ أَقْبِضَ رُوحَ بَعُوضَةٍ؛ مَا قَدرْتُ عَلَى ذَلِكَ حَتَّى يَكُونَ اللهُ هُوَ أَذِنَ بِقَبْضِهَا))
[طب، ((الضعيفة)) (6410)]

(Palsu)
Daripada al-Harith bin al-Khazraj, beliau berkata: Ayahku memberitahuku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Dan Nabi SAW melihat kepada malaikat maut AS di tepi kepala seorang lelaki Ansar lantas Baginda berkata: “Wahai malaikat maut! Berlaku lembutlah terhadap sahabatku, kerana dia sesungguhnya seorang beriman.” Maka malaikat maut AS berkata: “Tenanglah jiwa, sejuklah mata, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya aku berlaku lembut dengan semua orang beriman. Dan ketahuilah, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku mencabut [roh] anak adam, maka apabila seorang ahli keluarganya meraung, aku berdiri dalam rumah bersama rohnya. Lalu aku berkata: “Apakah raungan ini? Demi Allah, kami tidak menzaliminya, kami tidak mempercepatkan tempoh ajalnya, kami tidak menggesa takdirnya, dan kami tiada dosa dalam mengambil nyawanya. Maka jika kalian reda dengan apa yang Allah lakukan, kalian akan diberi pahala. Dan jika kalian bersedih dan marah, kalian akan berdosa. Tidak ada apa yang boleh kalian marahi aku. Dan aku akan sentiasa datang lagi dan datang lagi (mencabut nyawa). Maka jaga-jagalah! Dan tiadalah ahli keluarga, wahai Muhammad, sehelai rambut pun, mahu pun sebiji tanah gumpal, di darat mahu pun di laut, tanah pantai mahu pun bukit, melainkan aku akan bersalaman menyapa mereka setiap hari dan setiap malam. Sampaikan aku kenal anak kecil dan orang tua mereka lebih daripada diri mereka sendiri, demi Allah! Wahai Muhammad! Jika aku ingin mengambil roh nyamuk, aku tidak akan mampu melakukannya sehinggalah Allah mengizinkan aku mengambilnya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6410]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.