Wahai Khawlah, selimutkanlah aku

TEKS BAHASA ARAB

يا خولة ما حدث في بيت رسول الله؟ جبريل لا يأتيني فهل حدث في بيت رسول الله حدث؟ يا خولة دثريني فأنزل الله: {والضحى. والليل إذا سجى. ما ودعك ربك وما قلى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Khawlah, apa yang berlaku di rumah Rasulullah? Jibril tidak datang kepada aku. Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah? Wahai Khawlah, selimutkanlah aku. Lalu Allah menurunkan ayat {Demi waktu siang dan waktu malam tatkala ia bertenang. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu mahupun memarahimu}.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1097, hadis nombor 5566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حفص بن سعيد القرشي: حدثتني أمي عن أمها وكانت خادم رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أن جروًا دخل البيت، ودخل تحت السرير ومات فمكث نبي الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أيامًا لا ينزل عليه الوحي فقال: فذكر الحديث فقلت: والله ما أتى علينا يوم خيرًا من يومنا، فأخذ برده فلبسه وخرج فقلت: لو هيأت البيت وكنسته فأهويت بالمكنسة تحت السرير فإذا شيء ثقيل فلم أزل حتى أخرجته، فإذا بجرو ميت فأخذته بيدي فالقيته خلف الجدار، فجاء نبي الله ترعد لحيته وكان إذا أتاه الوحي أخذته الرعدة فقال: يا خولة دثريني.فَأَنْزَلَ اللَّهُ: ﴿وَٱلضُّحَىٰ وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ﴾. [طب، الضعيفة (6136)].

(Munkar) Daripada Hafs bin Sa‘id al-Qurashi RA, ibu saya menceritakan daripada ibunya yang merupakan tukang khidmat Rasulullah SAW menceritakan kepadanya: Seekor anjing kecil memasuki rumah Nabi SAW, ia masuk ke bawah katil dan mati di situ. Maka beberapa hari wahyu tidak diturunkan kepada Baginda. Baginda berkata: Wahai Khawlah, apakah yang berlaku di rumahku, Jibril tidak datang kepadaku. Adakah berlaku sesuatu di rumahku ini?. Aku berkata: Demi Allah, tiada hari yang lebih baik daripada hari ini. Baginda pun mencapai selendang Baginda dan menyarungnya, lalu keluar rumah. Aku bermonolog: Elok juga jika aku mengemas rumah dan menyusun aturnya. Maka aku pun lalukan penyapu di bawah katil Baginda dan mendapati ada sesuatu yang agak berat. Aku berusaha mengeluarkannya, rupa-rupanya ia adalah bangkai seekor anjing kecil. Aku mengambil dan membuangnya di belakang rumah. Lalu Nabi SAW pulang dalam keadaan janggutnya bergetar dan jika wahyu turun kepada Baginda, tubuh Baginda akan menggeletar , Baginda berkata: Wahai Khawlah, selimutkanlah aku. Lalu Allah menurunkan ayat {Demi waktu siang dan waktu malam tatkala ia bertenang. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu mahupun memarahimu}. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6136]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs