Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا خَوْلَةُ! مَا حَدَثَ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ؟ جِبْرِيلُ لا يَأْتِينِي! فَهَلْ حَدَثَ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ حَدَثٌ؟ ... يَا خَوْلَةُ! دَثِّريني! فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {وَالضُّحَى. وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى}.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Khaulah! Apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW? Jibril tidak datang kepadaku! Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah SAW?...Baginda berkata: "Wahai Khaulah! Selimutkan aku". Lalu Allah turunkan ayat: “Demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)." [al-Dhuha: 1-3]
Sahabat Perawi
- Khaulah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1567, hadis no. 7939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Hafs bin Said al-Qurashi telah menceritakan kepadaku ibuku daripada ibunya dan dia merupakan pembantu kepada Rasulullah SAW: Satu hari seekor anak anjing memasuki rumah dan memasuki bawah katil lalu mati. Lalu Nabi SAW berada di rumahnya beberapa hari dan wahyu tidak turun, maka beliau berkata: Wahai Khaulah! Apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW? Jibril tidak datang kepadaku! Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah SAW?. Aku berkata: Demi Allah! Tidak datang ke atas kami hari yang baik daripada hari kita ini. Maka Nabi SAW mengambil selendang tebalnya, lalu Baginda memakainya dan keluar. Aku berkata: Aku akan cuba membersihkan dan menyapu rumah ini. Aku menyapu dengan penyapu di bawah katil, terdapat sesuatu yang berat yang susah untuk dikeluarkan dan aku terus mencuba menyapu lagi sehingga aku dapat mengeluarkannya dan ternyata ia merupakan bangkai anak anjing. Kemudian aku mengambilnya dan membuangnya di belakang dinding (ke luar rumah). Setelah itu, Nabi Allah datang dalam keadaan menggeletar. Baginda sering menjadi seperti ini apabila menerima wahyu. Baginda berkata: Wahai Khaulah! Selimutkan aku. Lalu Allah turunkan ayat: “Demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)" [al-Dhuha: 1-3] [Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6136].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman