Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا خَالِدُ بْنَ الْوَلِيدِ، ألَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ -لَا تَقُولُهُنَّ ثَلَاثَ مرَّاتٍ حَتَّى يُذْهِبَ اللَّهُ ذَلِكَ عنْكَ؟. قَالَ: بَلَى . يَا رَسُولَ اللَّهِ، بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، فَإِنَّمَا شَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَيْكَ رَجَاءَ هَذَا مِنْكَ، قَالَ: قُلْ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّياطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Khalid! Tidakkah aku pernah mengajarkan kepada kamu beberapa kalimah untuk kamu bacakan yang mana apabila kamu sebutkannya sebanyak tiga kali, ia (gangguan) akan pergi daripada kamu? Dia berkata: Ya, wahai Rasulullah! Demi ayahku dan ibuku (yang menjadi tebusan untukmu) (kalimah sumpah), aku mengadu kepadamu (akan hal) ini kerana) mengharapkan perkara itu daripadamu. Rasulullah SAW berkata: Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna daripada kemarahan-Nya, balasan-Nya, kejahatan hamba-Nya dan bisikan syaitan agar ia tidak datang kepadaku.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1521, hadis no. 7735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, beliau berkata: Khalid bin al-Walid pernah bercerita kepada Rasulullah SAW berkaitan gangguan malam yang menghalangnya daripada bangun malam (qiyamullail). Rasulullah SAW bersabda: Wahai Khalid! Tidakkah aku pernah mengajarkan kepada kamu beberapa kalimah untuk kamu bacakan yang mana apabila kamu sebutkannya sebanyak tiga kali, ia (gangguan itu) akan pergi daripada kamu? Dia berkata: Ya, wahai Rasulallah! Demi ayahku dan ibuku (yang menjadi tebusan untukmu) (kalimah sumpah), aku mengadu kepadamu (akan hal) ini kerana) mengharapkan perkara itu daripadamu. Rasulullah SAW berkata: Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna daripada kemarahan-Nya, balasan-Nya, kejahatan hamba-Nya dan bisikan syaitan agar ia tidak datang kepadaku. Telah berkata Aisyah: Tidak berapa lama melainkan beberapa malam sahaja, datang Khalid bin al-Walid lalu dia berkata: Wahai Rasulallah! Demi ayahku dan ibuku (yang menjadi tebusan untukmu) (kalimah sumpah) serta demi Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran! Tidaklah aku sempurnakan kalimah-kalimah yang telah kamu ajarkan kepadaku sebanyak tiga kali sehingga Allah menghilangkannya (gangguan) daripadaku apa yang aku temui. Aku tidak kisah sekiranya aku dimasukkan ke dalam kandang singa pada waktu itu.” [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5139].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman