Wahai Khalid bin al-Walid! Mahukah engkau aku ajarkan kalimat (doa) ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا خالد بن الوليد، ألا أعلمك كلمات تقولهن لا تقولهن ثلاث مرات حتى يذهب الله ذلك عنك؟. قال: بلى يا رسول الله! بأبي أنت وأمي، فإنما شكوت ذلك إليك رجاء هذا منك، قال: قل: أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وعقابه، وشر عباده، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Wahai Khalid bin al-Walid! Mahukah engkau aku ajarkan kalimat (doa) ini, tidaklah engkau bacanya sebanyak tiga kali (bacaan) sehingga Allah akan menghilangkannya (mimpi buruk) dari kamu?”, Dia berkata: “Mahu, wahai Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, aku telah mengadu tentang hal itu kepadamu dengan harapan (dapat sesuatu doa) darimu”. Baginda berkata: “Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaan-Nya, hukuman-Nya dan kejahatan hamba-hamba-Nya serta daripada himpitan syaitan dan daripada (mereka) hadir (padaku)"

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis nombor 5992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: حدث خالد بن الوليد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن أهاويل يراها بالليل، حالت بينه وبين صلاة الليل، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((يا خالد بن الوليد! ألا أعلمك كلمات تقولهن، (لا تقولهن) ثلاث مرات حتى يذهب الله ذلك عنك؟!)) قال: بلى يا رسول الله! بأبي أنت وأمي؛ فإنما شكوت ذلك إليك رجاء هذا منك. قال: ((قل: أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وعقابه وشر عباده ومن همزات الشياطين وأن يحضرون)). قالت عائشة: فلم ألبث إلا ليالي حتى جاء خالد بن الوليد فقال: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي؛ والذي بعثك بالحق! ما أتممت الكلمات التي علمتني ثلاث مرات؛ حتى أذهب الله عني ما كنت أجد، ما أبالي لو دخلت على أسد في حبسه بليل. [طس، ((الضعيفة)) (5139)]

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, telah berkata: Khalid Bin al-Walid telah berbicara dengan Nabi SAW tentang mimpi buruk yang dialaminya pada waktu malam, (sehingga) menghalang antara dia dan solat malam, maka sabda Rasulullah SAW: "Wahai Khalid bin al-Walid! Mahukah engkau aku ajarkan kalimat (doa) ini, tidaklah engkau bacanya sebanyak tiga kali (bacaan) sehingga Allah akan menghilangkannya (mimpi buruk) dari kamu?”, Dia berkata: “Mahu, wahai Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, aku telah mengadu tentang hal itu kepadamu dengan harapan (dapat sesuatu doa) darimu”. Baginda berkata: “Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaan-Nya, hukuman-Nya dan kejahatan hamba-hamba-Nya serta daripada himpitan syaitan dan daripada (mereka) hadir (padaku)". Aishah berkata: Setelah berlalu beberapa malam, datang Khalid bin al-Walid dan dia berkata: Ya Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, dan demi Dia yang mengutuskan engkau dengan kebenaran! Tidaklah aku sempurnakan kalimat (doa) yang telah kau ajarkan padaku tiga kali; sehingga Allah telah hapuskan dariku akan apa yang aku alami sebelum ini, tidaklah aku peduli sekiranya aku masuk ke dalam kandang singa di waktu malam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5139]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.