Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا خالدُ بنَ الوليدِ، ألا أعلِّمُكَ كلماتٍ تقولُهنَّ لا تقولُهنَّ ثلاثَ مرَّاتٍ حتَّى يُذْهبَ اللَّهُ ذلِكَ عنْكَ؟. قالَ: بلى يا رسولَ اللَّهِ! بأبي أنتَ وأمِّي، فإنَّما شَكوتُ ذلك إليْكَ رجاءَ هذا منْكَ، قالَ: قل: أعوذُ بِكلماتِ اللَّهِ التَّامَّةِ من غضبِهِ وعقابِهِ، وشرِّ عبادِهِ، ومن همزاتِ الشَّياطينِ وأن يحضرونِ.
Teks Bahasa Melayu
"Wahai Khalid bin al-Walid! Mahukah engkau aku ajarkan kalimat (doa) ini, tidaklah engkau bacanya sebanyak tiga kali (bacaan) sehingga Allah akan menghilangkannya (mimpi buruk) dari kamu?”, Dia berkata: “Mahu, wahai Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, aku telah mengadu tentang hal itu kepadamu dengan harapan (dapat sesuatu doa) darimu”. Baginda berkata: “Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaan-Nya, hukuman-Nya dan kejahatan hamba-hamba-Nya serta daripada himpitan syaitan dan daripada (mereka) hadir (padaku)"
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis no. 5992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, telah berkata: Khalid Bin al-Walid telah berbicara dengan Nabi SAW tentang mimpi buruk yang dialaminya pada waktu malam, (sehingga) menghalang antara dia dan solat malam, maka sabda Rasulullah SAW: "Wahai Khalid bin al-Walid! Mahukah engkau aku ajarkan kalimat (doa) ini, tidaklah engkau bacanya sebanyak tiga kali (bacaan) sehingga Allah akan menghilangkannya (mimpi buruk) dari kamu?”, Dia berkata: “Mahu, wahai Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, aku telah mengadu tentang hal itu kepadamu dengan harapan (dapat sesuatu doa) darimu”. Baginda berkata: “Katakanlah: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaan-Nya, hukuman-Nya dan kejahatan hamba-hamba-Nya serta daripada himpitan syaitan dan daripada (mereka) hadir (padaku)". Aishah berkata: Setelah berlalu beberapa malam, datang Khalid bin al-Walid dan dia berkata: Ya Rasulullah! Apa sahaja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, dan demi Dia yang mengutuskan engkau dengan kebenaran! Tidaklah aku sempurnakan kalimat (doa) yang telah kau ajarkan padaku tiga kali; sehingga Allah telah hapuskan dariku akan apa yang aku alami sebelum ini, tidaklah aku peduli sekiranya aku masuk ke dalam kandang singa di waktu malam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5139]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman