Wahai Khadijah, inilah temanku yang selalu datang menemui aku, dia telah datang

TEKS BAHASA ARAB

يا خديجة هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Khadijah, inilah temanku yang selalu datang menemui aku, dia telah datang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1096-1097, hadis nombor 5565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خديجة رضي الله عنها، قالت: قلت: يا رسول الله يا ابن عمي هل تستطيع إذا جاءك الذي يأتيك أن تخبرني به؟ فقال لي رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نعم يا خديجة. قالت خديجة: فجاء جبريل ذات يوم وأنا عنده فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يا خَدِيجةُ هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء. فقلت له: “قم فاجلس على فخذي الأيمن فقام فجلس على فخذي الأيمن، فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم فقلت له: تحول فاجلس على فخذي الأيسر فجلس فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم فقلت له: تحول فاجلس في حجري فجلس فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم. قالت خديجة: فتحسرت وطرحت خماري وقلت له: هل تراه؟ قال: لا. فقلت له: هذا والله ملك كريم لا والله ما هذا شيطان. قالت خديجة: فقلت لورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى بن قصي: ذلك مما أخبرني به محمد رسول الله فقال ورقة: حقًّا يا خديجة حديثك. [طس، الضعيفة (6097)].

(Lemah) Daripada Khadijah RA, beliau berkata, aku berkata :Wahai Rasulullah, wahai sepupuku, bolehkah jika teman yang selalu menemuimu itu datang, kamu khabarkan padaku? Rasulullah SAW menjawab: Boleh, wahai Khadijah. Maka suatu hari Jibril AS datang ketika aku berada di sisi Baginda. Rasulullah SAW berkata: ((Wahai Khadijah, inilah temanku yang selalu datang menemuiku, dia telah datang. Aku berkata: Bangunlah, dan duduklah atas riba kananku. Maka Baginda bangkit dan duduk di atas paha kananku. Aku pun bertanya: Adakah kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Cuba ubah kedudukanmu, duduklah di riba kiriku. Baginda pun menukar kedudukan Baginda. Aku pun bertanya: Sekarang kamu dapat melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Aku berkata lagi kepada Baginda: Cuba tukar kedudukan lagi, duduklah di bilikku. Baginda pun menukar kedudukan Baginda. Aku bertanya: Adakah kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Ya. Aku pun menanggalkan penutup muka dan menanggalkan tudungku seraya bertanya kepada Baginda: Sekarang kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Demi Allah, ini adalah malaikat yang mulia. Demi Allah, dia bukanlah syaitan. Aku memberitahu hal ini kepada Waraqah bin Nawfal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusayy. Beliau berkata: Benar sekali kisahmu itu, wahai Khadijah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.