Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا خَدِيجَةُ! هَذَا صَاحِبِي الَّذِي يَأْتِينِي قَدْ جَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Khadijah, inilah temanku yang selalu datang menemui aku, dia telah datang.
Sahabat Perawi
- Khadijah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1096-1097, hadis no. 5565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن خديجة رضي الله عنها، قالت: قلت: يا رسول الله يا ابن عمي هل تستطيع إذا جاءك الذي يأتيك أن تخبرني به؟ فقال لي رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نعم يا خديجة. قالت خديجة: فجاء جبريل ذات يوم وأنا عنده فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يا خَدِيجةُ هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء. فقلت له: "قم فاجلس على فخذي الأيمن فقام فجلس على فخذي الأيمن، فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم فقلت له: تحول فاجلس على فخذي الأيسر فجلس فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم فقلت له: تحول فاجلس في حجري فجلس فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم. قالت خديجة: فتحسرت وطرحت خماري وقلت له: هل تراه؟ قال: لا. فقلت له: هذا والله ملك كريم لا والله ما هذا شيطان. قالت خديجة: فقلت لورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى بن قصي: ذلك مما أخبرني به محمد رسول الله فقال ورقة: حقًّا يا خديجة حديثك. [طس، الضعيفة (6097)].
(Lemah) Daripada Khadijah RA, beliau berkata, aku berkata :Wahai Rasulullah, wahai sepupuku, bolehkah jika teman yang selalu menemuimu itu datang, kamu khabarkan paaku? Rasulullah SAW menjawab: Boleh, wahai Khadijah. Maka suatu hari Jibril AS datang ketika aku berada di sisi Baginda. Rasulullah SAW berkata: Wahai Khadijah, inilah temanku yang selalu datang menemuiku, dia telah datang. Aku berkata: Bangunlah, dan duduklah atas riba kananku. Maka Baginda bangkit dan duduk di atas paha kananku. Aku pun bertanya: Adakah kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Cuba ubah kedudukanmu, duduklah di riba kiriku. Baginda pun menukar kedudukan Baginda. Aku pun bertanya: Sekarang kamu dapat melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Aku berkata lagi kepada Baginda: Cuba tukar kedudukan lagi, duduklah di bilikku. Baginda pun menukar kedudukan Baginda. Aku bertanya: Adakah kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Ya. Aku pun menanggalkan penutup muka dan menanggalkan tudungku seraya bertanya kepada Baginda: Sekarang kamu dapat melihatnya?. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Demi Allah, ini adalah malaikat yang mulia. Demi Allah, dia bukanlah syaitan. Aku memberitahu hal ini kepada Waraqah bin Nawfal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusayy. Beliau berkata: Benar sekali kisahmu itu, wahai Khadijah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6097]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman