Wahai Khadijah! Ini adalah sahabatku yang pernah datang kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

يا خَدِيجةُ! هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Khadijah! Ini adalah sahabatku yang pernah datang kepadaku telah datang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1942, hadis nombor 9734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن خديجة رضي الله عنها قالت: قلت: يا رسول الله! يا ابن عمي! هل تستطيع إذا جاءك الذي يأتيك أن تخبرني به؟ فقال لي رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نعم يا خديجة. قالت خديجة: فجاء جبريل ذات يوم وأنا عنده، فقال رسول الله ﷺ: يا خَدِيجةُ! هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء فقلت له: قم فاجلس على فخذي الأيمن، فقام فجلس على فخذي الأيمن، فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم، فقلت له: تحول؛ فاجلس على فخذي الأيسر، فجلس، فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم، فقلت له: تحول؛ فاجلس في حجري، فجلس، فقلت له: هل تراه؟ قال: نعم. قالت خديجة: فتحسرت وطرحت خماري وقلت له: هل تراه؟ قال: لا. فقلت له: هذا والله ملك كريم، لا والله ما هذا شيطان. قالت خديجة: فقلت لورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى بن قصي: ذلك مما أخبرني به محمد رسول الله فقال ورقة: حقّاً يا خديجة حديثك.
[طس، ((الضعيفة)) (6097)]

(Lemah)
Daripada Khadijah RA, beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Wahai sepupuku! Jika malaikat yang datang kepada kamu, bolehkah kamu beritahu aku?” Rasulullah SAW berkata kepada aku: “Boleh wahai Khadijah.” Khadijah berkata: Pada satu hari, Jibril datang dan aku berada di samping Baginda. Rasulullah SAW bersabda: ”Wahai Khadijah! Ini adalah sahabatku yang pernah datang kepadaku telah datang.” Lalu aku berkata kepadanya: ”Bangun dan duduklah di peha kanan aku. Lalu Baginda bangun dan duduk di peha kanan.” Aku berkata kepada Baginda: ”Adakah kamu melihatnya.” Baginda menjawab: “Ya”. Lalu aku berkata kepadanya lagi: “Tukar dan duduk di peha kiri aku.” Lalu dia pun duduk. Aku berkata kepada Baginda: ”Adakah kamu melihatnya?” Baginda menjawab: “Ya”. Aku berkata kepadanya lagi: “Tukar dan duduk di bilik aku.” Lalu dia duduk. Aku berkata kepada Baginda: “Adakah kamu melihatnya?” Baginda menjawab:”Ya.” Khadijah berkata: Lantas aku membuka dan membuang penutup muka aku. Aku berkata kepada Baginda: “Adakah kamu melihatnya? ”Baginda menjawab: ”Tidak” Aku berkata kepada Baginda: “Demi Allah, ini adalah Malaikat yang mulia dan bukannya syaitan.” Khadijah berkata: Aku pernah berbicara kepada Waraqah Bin Naufal Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai tentang apa yang pernah diberitahu oleh Muhammad kepada aku. Waraqah berkata: “Apa yang kamu cakap itu benar wahai Khadijah.”
[Riwayat Imam al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs