Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا خديجةُ! هذا صاحبي الَّذي يأتيني قَد جاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Khadijah! Ini adalah sahabatku yang pernah datang kepadaku telah datang.
Sahabat Perawi
- Khadijah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1942, hadis no. 9734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Khadijah RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah! Wahai sepupuku! Jika malaikat yang datang kepada kamu, bolehkah kamu beritahu aku? Rasulullah SAW berkata kepada aku: Boleh wahai Khadijah. Khadijah berkata: Pada satu hari, Jibril datang dan aku berada di samping Baginda. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Khadijah! Ini adalah sahabatku yang pernah datang kepadaku telah datang. Lalu aku berkata kepadanya: Bangun dan duduklah di peha kanan aku. Lalu Baginda bangun dan duduk di peha kanan. Aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya. Baginda menjawab: Ya. Lalu aku berkata kepadanya lagi: Tukar dan duduk di peha kiri aku. Lalu dia pun duduk. Aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Aku berkata kepadanya lagi: Tukar dan duduk di bilik aku. Lalu dia duduk. Aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab:Ya. Khadijah berkata: Lantas aku membuka dan membuang penutup muka aku. Aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Tidak Aku berkata kepada Baginda: Demi Allah, ini adalah Malaikat yang mulia dan bukannya syaitan. Khadijah berkata: Aku pernah berbicara kepada Waraqah Bin Naufal Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai tentang apa yang pernah diberitahu oleh Muhammad kepada aku. Waraqah berkata: Apa yang kamu cakap itu benar wahai Khadijah. [Riwayat Imam al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6097]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman