TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه هبط جبريل. فقال: يا محمد، إن الله يقرأ عليك السلام ويقول: حبيبي إني كسوت حسن يوسف من نور الكرسي، وكسوت حسن وجهك من نور عرشي، وما خلقت خلقا أحسن منك يا محمد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Jibril turun lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Wahai kekasih-Ku, Aku memakai keindahan Nabi Yusuf daripada cahaya Kursi, dan Aku memakai keindahan wajahmu daripada cahaya Arasy-Ku. Aku tidak pernah menciptakan makhluk yang lebih indah daripadamu wahai Muhammad.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن جابر مرفوعا، وهو موضوع.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir secara marfu’ dan ianya adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.