Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ بَيْنَ صَفِّ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ! إِذَا سَمِعْتُنَّ أَذَانَ هَذَا الْحَبَشِيِّ وَإِقَامَتِهِ؛ فَقُلْنَ كَمَا يَقُولُ، فَإِنَّ لَكُنَّ بِكُلِّ حَرْفٍ أَلْفَ أَلْفَ دَرَجَةٍ. فَقَالَ عُمَرُ: هَذَا لِلنِّسَاءِ؛ فَمَا لِلرِّجَالِ؟ قَالَ: ضِعْفَانِ يَا عُمَرُ! ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النِّسَاءِ، فَقَالَ: إِنَّهُ لَيْسَ مِنِ امْرَأَةٍ أَطَاعَتْ وَأَدَتْ حَقَّ زَوْجِهَا، وَتَذْكُرُ حُسْنَهُ، وَلا تَخُونَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ؛ إِلا كَانَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الشُّهَدَاءِ دَرَجَةً وَاحِدَةً فِي الْجَنَّةِ، فَإِنْ كَانَ زَوْجُهَا مُؤْمِناً حَسَنَ الْخُلُقِ؛ فَهِيَ زَوْجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ، وَإِلا؛ زَوَّجَهَا اللَّهُ مِنَ الشُّهَدَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Bahawasanya Rasulullah SAW berdiri di antara saf lelaki dan perempuan. Baginda bersabda: Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan dan iqamat yang dilaungkan oleh orang Habsyi ini, maka kalian katakanlah sebagaimana yang dia katakan. Sesungguhnya (ganjaran) bagi kalian bagi setiap huruf ialah jutaan darjat. ‘Umar berkata: Ini adalah (ganjaran) bagi kaum wanita. Apakah pula (ganjaran) bagi kaum lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda, wahai ‘Umar! Kemudian baginda menuju kepada kaum wanita, lalu bersabda: Sesungguhnya tidak bagi seorang wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya, serta dia menyebutkan kebaikan suaminya, dan dia tidak mengkhianati suaminya pada dirinya dan harta suaminya, melainkan ganjaran antaranya dan para syuhada adalah darjat yang satu di dalam syurga. Sekiranya suaminya ialah seorang yang beriman dan berakhlak baik, maka dia akan menjadi isteri kepada suaminya di dalam syurga. Jika sekiranya tidak sedemikian, maka Allah akan mengahwinkannya dengan seseorang dalam kalangan syuhada.
Sahabat Perawi
- Maimunah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063, hadis no. 10363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Maimunah RA: Bahawasanya Rasulullah SAW berdiri di antara saf lelaki dan perempuan. Baginda bersabda: Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan dan iqamat yang dilaungkan oleh orang Habsyi ini, maka kalian katakanlah sebagaimana yang dia katakan. Sesungguhnya (ganjaran) bagi kalian bagi setiap huruf ialah jutaan darjat. ‘Umar berkata: Ini adalah (ganjaran) bagi kaum wanita. Apakah pula (ganjaran) bagi kaum lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda, wahai ‘Umar! Kemudian baginda menuju kepada kaum wanita, lalu bersabda: Sesungguhnya tidak bagi seorang wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya, serta dia menyebutkan kebaikan suaminya, dan dia tidak mengkhianati suaminya pada dirinya dan harta suaminya, melainkan ganjaran antaranya dan para syuhada adalah darjat yang satu di dalam syurga. Sekiranya suaminya ialah seorang yang beriman dan berakhlak baik, maka dia akan menjadi isteri kepada suaminya di dalam syurga. Jika sekiranya tidak sedemikian, maka Allah akan mengahwinkannya dengan seseorang dalam kalangan syuhada. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6006]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman