Wahai kaum wanita! Jika kalian mendengar laungan azan dan iqamah

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر النساء إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته فقلن كما يقول فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة فقال عمر : هذا للنساء فما للرجال قال : ضعفان يا عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai kaum wanita! Jika kalian mendengar laungan azan dan iqamat dari orang Habsyi ini, maka ucapkanlah sepertimana yang dia ucapkan. Kerana sesungguhnya untuk kalian bagi setiap huruf (yang kalian ucapkan) ribuan darjat. Lalu ‘Umar RA berkata: Ini adalah untuk kaum wanita, maka apakah (ganjaran) untuk kaum lelaki? Baginda ﷺ bersabda: Dua kali ganda (daripada ganjaran kaum wanita) wahai ‘Umar!

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis nombor 1803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدًا) عَنْ مَيْمُونَةَ -رضي الله عنها-: أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ بَيْنَ صَفِّ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ فَقَالَ: «يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ! إِذَا سَمِعْتُنَّ أَذَانَ هَذَا الْحَبَشِيِّ وَإِقَامَتِهِ؛ فَقُلْنَ كَمَا يَقُولُ، فَإِنَّ لَكُنَّ بِكُلِّ حَرْفٍ أَلْفَ أَلْف دَرَجَةٍ. فَقَالَ عُمَرُ: هَذَا لِلنِّسَاءِ؛ فَمَا لِلرِّجَالِ؟ قَالَ: ضِعْفَانِ يَا عُمَرُ!». ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النِّسَاءِ، فَقَالَ: «إِنَّهُ لَيْسَ مِنِ امْرَأَةٍ أَطَاعَتْ وَأَدَّتْ حَقَّ زَوْجِهَا، وَتَذْكُرُ حُسْنَهُ، وَلا تَخُونَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ؛ إِلا كَانَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الشُّهَدَاءِ دَرَجَةً وَاحِدَةً فِي الْجَنَّةِ، فَإِنْ كَانَ زَوْجُهَا مُؤْمِنًا حسن الْخُلُقِ؛ فَهِيَ زَوْجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ، وَإِلا؛ زَوَّجَهَا اللَّهُ مِنَ الشُّهَدَاءِ». [طب، «الضعيفة» (6009)]

(Sangat Munkar) Daripada Maimunah RA: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berdiri di antara saf lelaki dan wanita lalu baginda ﷺ telah bersabda: Wahai kaum wanita! Jika kalian mendengar laungan azan dan iqamat dari orang Habsyi ini, maka ucapkanlah sepertimana yang dia ucapkan. Kerana sesungguhnya untuk kalian bagi setiap huruf (yang kalian ucapkan) ribuan darjat. Lalu ‘Umar RA berkata: Ini adalah untuk kaum wanita, maka apakah (ganjaran) untuk kaum lelaki? Baginda ﷺ bersabda: Dua kali ganda (daripada ganjaran kaum wanita) wahai ‘Umar!. Kemudian baginda ﷺ berpaling ke arah wanita lalu bersabda: Sesungguhnya tidak ada dalam kalangan wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya dalam keadaan dia mengingati kebaikan suaminya, serta tidak mengkhianati suaminya pada dirinya sendiri mahupun harta suaminya, melainkan beza antara dia dengan para syuhada (orang yang mati di jalan Allah) hanyalah satu tingkat di dalam syurga. Jika suaminya ialah seorang mukmin yang baik akhlaknya, maka dia akan menjadi isterinya di dalam syurga. Dan jika sebaliknya, maka Allah akan mengahwinkannya dengan lelaki dalam kalangan para syuhada’. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6009]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs